Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang...
Thursday, December 25, 2008
good luck to kak Alya
Kak Alya adalah membe saya di Kolej Legenda. she's one of the good lecturer there ;) she's a very nice person but sometimes bole jadi garang..hehe
baru je kenal since saya start keje sane in September but she's leaving us. i'm gonna miss u, kak. almaklumla, akak ni la yang rajin temankan saya makan tengahari since yang lain sume jage badan..hehe..eventhough sometimes akak tak makan tapi sudi gak la temankan saya makan..he
so, to kak alya. good luck for your new job. semestinya pengalaman baru dengan kawan2 baru di tempat yang baru (walau tatau lagi kat ane..hehe). take care eh and jangan lupe kirim kad kawen nanti :p jangan lupe doakan kami yang masih disini. moga terus diberikan kekuatan utk mengharungi macam2 cabaran kat sni dan mintak murah rezeki(ehem..paham2 je la eh)...hhehe
Friday, November 14, 2008
yang pahit itu cuma sedikit...dan hanya untuk sementara jua
Menginjak ke alam dewasa, saya rasakan diri kita semakin sarat dengan tangungjawab. Kita dipertanggungjawabkan atas setiap perkara yang dilakukan walhal dosa dan pahala juga tergalas di bahu sendiri..
Sejenak saya merasakan seronoknye menjadi anak-anak kecil seperti haziq dan faishal. Hari2nya dipenuhi dengan gelak tawa dan tangisan menuntut si dewasa memenuhi keperluan diri. Namun alam terus berputar dan kita tidak akn terus menjadi kecil.
Sepertimana fitrah alam, hidup bagaikan roda. Putarannya menyebabkan kadangkala kita diatas dan kadangkala pula kita dibawah. Ketawa dan tangisan juga menjadi sulaman kehidupan. Kehadiran orang tersayang disekeliling mampu membuat kita untuk terus teguh mengharung lautan rintangan disepanjang perjalanan menuju ke penghujung yang entah bila.
Bekerja dalam bidang pendidikan malah dalam bidang apa sekalipun pasti ade mehnah dan tribulasi yang tersendiri. Profesionalisma kita diukur dari sejauh mana pencapaian kita. Kengkadang saya terasa lemah dan tanggungjawab yang diberi. Terasa berat dan tidak berdaya. Tapi kita lupa tanggungjawab sebagai khalifah yang diamanah Allah sejak sekian lama sememangnya lebih berat dari segala tanggungjawab yang lain. Tapi tanggungjawab yang ini seringkali kita lupa.
Sebenarnya saya ingin meluahkan rasa, berkongsi perit menjadi tenaga pengajar walau bidang ini sememangnya sangat saya minati. Namun rasanya tak terkeluar ayat yang sebenar jadi biarlah ceritanya ditulis sebegini rupa.
Teringat kata2 timbalan dekan saya. Pahit itu andai diletak dalam satu gelas dan diminum memang sampai ke kerongkong pahitnya...Tapi andai yang pahit itu dituang kedalam tasik...bagai kita tak tahu ada yang pahit dalam air tasik itu. Logik bukan. Begitulah hati kita. Lapangkanlah seluas2nya...Nikmatilah indahnya...kecilkanlah yang pahit hingga ia jauh dari pandangan mata kita..
Kasih Allah itu lebih besar dan banyak berbanding ujian yang diberi. Dan jangan lupa juga dalam ujian yang diberi juga masih ada sayangNya yang diselit....
Tuesday, November 11, 2008
saya tidak ade perasaan
ummuhaziq sekarang ni dalam mode unmotivated. everything is plain for me...im bored. i dun have much time esp for myself (aliya, da bejangkit la penyakit anti nih..hehe)
puncanya?
saya sendiri tidak pasti. tapi kemungkinan besar sebab:
1) saya bekerja dari isnin sampai sabtu dan sabtu lepas saya ade kursus sampai petang. sgt penat bekerja setiap masa ni.
2) hari ahad iaitu satu2nya hari cuti, selalunya haziq meragam dan badan saya rase sangat letih.
3) tiap2 hari tak ckup tido. sebabnye haziq akan bangun 3,4 kali semalaman dan nak suruh die tido balik sangatlah susah. kejap die menyusu sekejap die pusing sebelah sana, berulang2 sampai die tertido.
4) saya rase mcm robot sebab buat rutin yang sama tiap2 hari. gi kerje, balik. melayan haziq (solat, ngaji semua terkcoh sbb die tak nak jauh dgn saya). bile haziq tdo baru ade mase utk diri sendiri. tu pun selalunya da ngantuk dan tdo. pagi esok, bangun dan pergi keje balik......pusing dan pusing...
5) disebabkan saya masih baru bekerja di sini maka banyaklah yg saya tak tahu dan baru nak belajar dan kadang2 buat salah dan rase down....(saya kene redo 3 kali utk soalan final exam. saya rase sangat teruk)
Namun, atas semua perkara yang berlaku. saya rasa perlunya utk masih rase bersyukur atas semua kesukaran yang dilalui. Nikmatnya akan dirasai bile saya dah dapat melepasi semua ini.
1) saya kene bersyukur walau terpaksa melayan kerenah haziq sebabnye itu tanda saya mempunyai zuriat dan ada penyejuk mata, pengikat kasih saya dan abang.
2) saya kene bersyukur sbb dalam menangani kerenah haziq, saya dapat tengok abang banyak mainkan peranan sbg seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab.
3) saya kene bersyukur sebab walau saya stress dengan urusan di kolej tapi itu tanda saya masih ade pekerjaan dan bole jadikan semua kesilapan sebagai pengajaran di masa hadapan.
4) saya kene bersyukur atas semua perkara di atas sebab saya masih hidup dan bernyawa dan masih diberi peluang oleh Allah untuk mengutip pahala dari ujian2 yang menimpa.
kepada yang tersayang abang dan haziq, ummi dan abah, adik2 dan sahabat2 yang hadir dalam hidupku. terima kasih kerana memberi erti dalam kehidupan saya.
Wednesday, November 5, 2008
sekadar arenungan buat yang bergelar ibu dan bapa
bersyukurlah kita atas kehadiran permata hati walau kekadang tu banyak ragam mereka yang nak dihadapi..
tapi itulah keindahan dalam hidup ibu dan bapa..
____________________________________________________________________________________________
A'kum w.b.t...
Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan (hypophosphatasia-komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.
Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan jururawat yang merawatnya.
Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami. Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami bertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan kalimah tauhid di telinganya.
Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi senyumlah pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang". Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya.
Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu. Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.
Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelah tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha. Pagi itu, jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Alesha dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan bertapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya!
Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untuk membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana mendung. Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa arwah selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah untuk bayi yang tidak berdosa itu.
Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya.
Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku. Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang menunggunya... janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran seolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai pengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak mendengarkannya. Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah.
Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah, walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketika mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untuk mengulanginya.
Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 - 13 Mei 2006)
shamsul shamdin @ laloque

Monday, November 3, 2008
semua org tlg senyum ye!
ummi : haziq. jom tangkap gambar. janji kene tengok kamera tau... dan senyum!
ummi : ala. mane aci. ummi je yang senyum
haziq: macamane nak senyum. haziq nak amek gambar dengan ayah sekali. kite tak penah amek gambar bertiga tau.
ummi: ok2la. kite panggil ayah
ummi : alamak! sori. ummi tertutup mulut haziq. mulut ayah pun tak nampak. isy..isy..sekali lagi yek.
haziq : dah la tu! haziq rimas la kene kepit dengan ummi dan ayah! uwwwaaaaaaaaaaaa!!!!
ayah : nape mulut ayah tak nampak jugak nih.meh sini kamera. bia ayah yang amek gamba pulak.ayah : haaa! kan jadi ni ayah amek
ummi : dah tu amek gamba anak sorang memang le jadi..isy...isy...

we were @ "zoo negara"
last two weeks we went to zoo negara. hhuhuhu
nak tgk ape eh?? haziq belom pandai tgk binatang atau buat bunyi2 binatang!
haziq cume nak teman pak su (faishal:my youngest brother) nye..yang tringin nak naik trem kat situ..
so we spent rm15 per adult and rm6 per child (free for adik and haziq) just to naik trem yang round skali jek dan balik!!
huhu..
btw mase bersama family tetap berharge :D

haziq,pak su dah letih berjalan. boleh pinjam stroller??? he. haziq baik kan? kan? nanti paksu belanje aiskrim :)
oklah. nanti haziq suruh ayah dukung
erm....yang....bole dukung haziq pulak? abang da lenguh..hehe..eh, senyum kat gamba tu
eh, ape kate kalau kite suruh pak iki die yang dukung haziq.. hehe..ermm..tapi selamat ke??

Wednesday, October 22, 2008
lame betul nak mengomen
da berhabuk rasenye blog nih since da lame tak menulis. tadek idea dan tak sempat. ape khabar sahabat2 semua. cemane ngn keluarga. harap2nye sihat belaka. musim2 raye nih jemputla dtg umah. tak raye pun bole dtg gak :D
Tuesday, October 7, 2008
hidup seorang remaja
Sudah sebulan aku mengajar di kolej ini. sebulan jugaklah aku dapat melihat gelagat manusia disini. ada yang pahit ada yang manis. ada yang hitam ada yang putih. namun pemerhatian kepada gelagat manusia memberi saya penghayatan erti kehidupan yang sebenar juga mengajar saya untuk menghargai apa yang saya telah miliki selama ini. apa yang telah dimiliki seharusnya disyukuri dan apa yang dihajati jangan terlalu diharapkan.
zaman remaja adalah zaman paling mencabar dalam hidup seorang insan. Juga kehidupan semasa remaja lah yang menjadi permulaan kepada siapa kita di usia 25. sangat sedih apabila melihat remaja yang terlalu banyak disia-siakan masa remajanya kepada yang bukan-bukan. maksud saya semasa remaja seharusnya hidup harus difokuskan kepada pelajaran. segala sampingan yang lain harus terus dijadikan sampingan dan yang utama jangan diletakkan prioritinya lebih bawah dari itu.
sebagai seorang ibu, bagai mahu runtuh hati saya apabila mendengar gelagat2 anak murid saya yang hidup bagai bertuhankan syaitan. sanggup menipu kepada ibubapa ke kolej utk belajar walhal sehari pun tak pernah nampak batang hidungnya ke kelas. hidup bergelumang dengan dosa. arak dan zina bagai sudah sebati. pergaulan bebas usah dicerita. tidur dengan teman lelaki mejadi perkara biasa. usah disebut halal dan haram kerana ianya adalah perkara yang nyata. tanye pada diri sendiri, adakah kita akan gelisah andai perbuatan kite diketahui org??? andai ade rase gelisah terselinap di dalam hati, maka berdosalah apa yang kita lakukan, kata hassan al-banna. bagaimana hati kita jernih utk menerima ilmu. kerana ilmu itu suci dan benda suci tak boleh bercampur dengan hati yang kotor, sentiasa mengulangi perbuatan dosa besar tanpa ada rasa sesalan.
adui, ya allah... aku amat menyayangi adik2 ku disini, anak2 muridku sekelian, ya Allah, engkau bukakanlah pintu hati kami semua. limpahkan lah nur hidayahMu. jadikanlah kami tergolong dalam golongan yang engkau kasihi.
bagai tiada kata utk sy luahkan kegusaran dan rasa ralat di dalam hati. terasa semacam bersalah kerana tak berupaya menarik tangan adik2 ini utk sama2 memperbaiki diri. hati saya sangat lara, sedih dan muram. kekadang terasa rindukan zaman persekolahan. semacam mudah utk melakukan amal ma'ruf nahi munkar kerana memang di sekolah tempatnye untuk mentarbiyah. tapi disini???? engkau, engkau dan aku adalah aku......
sedarlah wahai adik2ku sekelian. zaman remaja hanya seketika. bagai kerdipan mata yang berlaku tanpa sedar. dan natijah pada hari ini akan di rasakan di masa hadapan. kembalilah pada fitrah. sujudlah pada yang Satu.

Monday, September 29, 2008
the zillions thanks for ABANG
Hari raya aidilfitri will be on wednesday and today is monday...i'm still here, in front of my PC, at my office...
since i'm juz started working here and still under probation period, so there's no annual leave for me and that's why i'm still here...
Even there's no student left...but i'm still here. Doing many tasks that will be never end.
And since this week considered as hari raya holiday week so haziq's nursery is already off from duty. That's why ayah and haziq have to survive at home without ummi...hehe. So here i would like to express my zillions thanks to ABANG for his understanding, love and patience...and for haziq, ummi is so sorry..
Eventhough ayah is not very expert in basuh berak anak and shower him. But your willingness to take care of haziq though for half day is very appreciated ( I got half working day. Thanks to Kak Desh for your care). Though i can guess that u are gonna wait for me to shower him..hehe...
And to all....
HAPPY HARI RAYA AND MAAF ZAHIR BATIN FROM AYAH, UMMI AND HAZIQ.
Please do come to our house even kueh raye tak banyak tapi adela yang boleh dijamu..hehe
Love,
ummuhaziq
9.00 pagi
depan PC, kat opis.
Thursday, September 18, 2008
any views???
kepada pembaca setia sekelian....
ummuhaziq sekarang ni bermasalah dengan kepenatan yang keterlaluan. lepas isya' selalunye tertdo sambil menyusu anak. kekadang sampai tak tahu ummi atau haziq dlu yang tdo. tarawikh mampu wat separuh2 je..kekadang time malam atau pagi sebelum subuh..kekadang tak ckup 8 rakaatnye...ummi nak jugak menikmati Ramdhan...
ade sebarang cadangan untuk menyelesaikan masalah...hmm..kenapa penat? sebab:
1) maybe bulan pose
2) kene travel ke nilai (ulang-alik adela dalam 2 jam sengah)
3) jadual tidur tak tentu (tambahan haziq sekarang malam2 meragam)
so, is there any solutions for me???? :D

Thursday, September 11, 2008
sekali lagi
hmm..
sekali lagi saya dpat penyakit nyanyuk..
hari rabu lepas....mindset saya ialah nak pergi kerje awal dan nak settlekan banyak keje...
pagi tu saya dukung haziq dan amek beg skolahnye...
masuk kereta dan terus pecut...
and you know what ????
SAYA TERTINGGAL HANDBAG YANG BERISI DOMPET DAN HANDSET DIRUMAH!
nasib baik ade suit syiling dalam kereta untuk bayar tol.

Friday, September 5, 2008
alamak
semalam....
saya keluar keje lambat. dalam pkul 7.30. kene hantar haziq ke nursery lagi. pastu tengah jalan, sedar2 tertinggal nametag...alamak..kene patah balik rumah amek..tgk abg sedap btul tido sampai tak sedar isterinye balik...hehe...
sampai je ofis, punch-in pukul 8.13...erk..seb baik machine tu tadek ink wane merah..
pastu baru je duduk2 kat opis, abang kol dalam pkul 9 pg...
"yang, mane kunci moto abg????bawak gi opis ye???"
alamak...saya cek dalam beg dan YA, ade KUNCI abg!
abes nak wat cemane??kunci koto, kunci kete dan kunci umah semua sy samun..hehe..
seb baik saya keluar tadi tk kunci grill..kalu tak abg tak le klua umah langsung..
apelagi...mak budak ni pun patah la balik umah bagi kunci kat abang dan patah balik sini...satu keje la pulak...jadi tol 3.30*4=rm13.40..haha +minyak rm30...alamak..(padan muke saye kan)haha...ALAMAK..
Friday, August 29, 2008
if there's no solution, create a creative thinking to solve!
hmm...ape lagi la ummuhaziq nak membebel ni ye..
situasi:
penjage haziq, which is KAK INA told me last week yang die dah tak nak jage haziq starting by next month. Tapi last tuesday I asked her back to get a confirmation and she said it's ok, she's willing to continue jage haziq. But then. pagi2 tadi die ckp tak nak jage pulak sbb nak balik kg+nak wat kueh raye. Adei...next month is next week, rite???
short-term solution:
tengahari tadi saya amek haziq dan hantar die kat nursery yang saya da survey ngn abg minggu lepas.
dilemanya:
mase nak tinggal haziq tadi saya stay la dalam sejam to get haziq familiar with surrounding+people. U juz imagine, sorang akan jaga 7 orang baby+toddler. Kalau sorang berak yang lain berkeliaran dalam bilik tu. Dan yang mengejutkan saya ade sorang baby tu nangis dan akak tu biar je sbb die tgh nyusukan baby lain. Da abes nyusukan baru die buat susu yang tadi. Dan saya sangat kaget dan seram tapi sy tiada pilihan....Saya riba jap budak tu smentara akak tu buat susu die..tak sampai hati :(Kalau tidur buai pulak akak tu akan juz letak dalam buai TANPA dibuaikan, means budak tu dok dalam buai tu sampai tertidur sendiri.....cemane ni???
long-term solution:
i t hink i'll try to find other nursery which is nearer to my office! So that i can bf him every recess time+ sometimes boleh wat spot-check! best2
SO, WHAT IS THE CREATIVE THINKING????!!!erk.....
Tuesday, August 26, 2008
Angah on her convocation day
Congratulation to angah for successfully finished studies with flying colors :) Even it's quite hot waiting for you outside of the hall, but we do happy with your achievement! keep up your good work and stay humble to other person. Since we left our camera at home, (ngoh, bilo am nok wi gamba nih!) enjoy some pics from mobile's camera:
At last, she is relieved!
Adik is the buziest person to be in camera.hehe
p/s: hehe..nape muka ayah camtu...ade ayam sangkut kat gigi kot :p
Monday, August 18, 2008
Tetamu agung hampir tiba.
Saya melihat kelendar. Hari ini sudah 18 Ogos. Tinggal lagi 2 minggu utk bertemu Ramadhan. Saya merenung dalam2, bertanyakan soalan pada hati. "Adakah aku bersedia utk menyambut tetamu agung ini??!".
Tahun lepas, hampir sebulan saya tidak berpuasa. Lantaran sakit pening penangan ibu mengandung. AlQuran dan tarawikh jarang sekali saya buat. Tapi sakit itu bukan dibuat. Sungguh, saya benar2 tiada kudrat utk melaksanakannya. Dan sekarang, hampir setahun berlalu. Kita akan ditemukan lagi dengan Ramadhan yang mulia..
Namun, puasa belum habis berganti. Alasannya saya tak tahan menanggung lapar+penat lantaran menyusukan anak, memerah dan berulang-alik dari rumah ke tempat kerja (menyusukan anak). Menyesal rasenye tak ganti mase mengandung. Tapi selera saya tak boleh ditahan2 selepas berlalunya fasa pening2 + muntah2.
Esok, luse..... Ramadhan akan kembali menjengukkan diri. Mengetuk pintu2 hati utk bangun bertahajud. Memaniskan mulut dengan bacaan alQuran dan memeriahkan surau2 dengan solat tarawikh. Juga mendidik tangan kanan ini utk bersedekah kepada si miskin. Namun bersediakah hati ini?? Adakah ruang mase utk kembali beribadah lantaran hidup saya makin sibuk dengan hadirnya si kecil Haziq dalam keluarga kami?? Dalam hati saya berteka-teki. Boleh ke nak pergi surau bertarawikh dgn haziq?? Atau dirumah pun x larat? sempat ke khatam Quran?? Cemane nk bangun sediakan sahur?? Tidur malam pun tak cukup sbb menyusukan anak!
Ahh!!!! Itu semua alasan mungkin. Alasan yang melemahkan semangat saya utk menyambut Ramadhan. Mungkin mujahadah itu yang paling penting. Orang kate hendak seribu daya, tak nak seribu dalih! Namun, masih adakah Ramadhan utk saya pada tahun ni??..................... Allahu'alam
Wednesday, August 13, 2008
biznes time!
PENGUMUMAN
ummi da start balik bisnes. so kepada pembaca semua kalu free2 tu, sudi2lah melawat ke kedai saya di http://www.boutique-shahhana.blogspot.com/.
sekian.terima kasih
-shahhana a.k.a ummuhaziq

Wednesday, August 6, 2008
Nikmat itu hanya pinjaman
Saya ade ulser di tepi bibir, dalam mulut. Setiap pagi , bangun dari tidur, saya tidak mampu untuk tersenyum pada suami dan si kecil saya. Puas haziq tego umminye. Tapi ummi tak leh senyum. Ummi juga tidak mampu untuk membalas ngomelan haziq setiap pagi.
Setiap pagi saya akan bangun dalam kesakitan lantaran ulser yang mengering menambahkan lagi keperitan setiap kali ulser tersentuh gigi saya. Bila ke tandas, gigi yang terletak di sebelah ulser sukar sekali utk dicapai oleh berus gigi. Perit betul rasenye. Kadang2 ulser ini menyebabkan urat di leher dan kepala saya sakit.
Apabila tiba di ofis pula, saya hanya mampu menyapa kawan2 ofis dengan senyuman herot. he. Keadaaan ini yang telah berlaku untuk 3 hari membuatkan saya terfikir sejenak. Ulser itu hanyalah kecil di dalam mulut, tapi impaknya besar. Sehingga menyebabkan hilang mood utk bercakap. Tambah2 lagi utk bercerita pada si kecil saya. Begitulah fitrah manusia. Nikmat yang ditarik itu seringkali terasa syukurnya apabila sudah tiada walau hanya untuk sementara. Nikmat itu hanya pinjaman dari yang Maha Esa. Begitu juga dengan orang yang tersayang di sekeliling kita. Mereka juga adalah nikmat yang hanya sementara dan pinjaman dariNya.
Nikmat saya utk tersenyum ditarik. Nikmat utk menyapa juga ditarik. Apatah lagi utk makan. Hilang selera makan. Maka utk menghargai nikmat-nikmat itu, gunakanlah ia sebaiknya semasa ada. Untuk itu saya berazam utk rajin bercerita kepada si kecil bila ulser ini sudah baik. Kerna kadang2 lantaran terlalu sibuk dengan rutin harian, masa di rumah saya habiskan utk melepaskan lelah sahaja. Kurang masa yang berkualiti bersama si manja. Tebarkanlah senyuman kerana ia sedekah yang tak perlukan duit utk dihulur. Hadiahkanlah ciuman kepada yang tersayang. Hargailah kehidupan ini seadanya kerana ia juga adalah NIKMAT YANG HANYA PINJAMAN...
Wednesday, July 30, 2008
4 months old baby
Ape yg haziq da pandai ye ,
1) Jelir2 lidah.
2) Gigit2 kain sbb die da gatal gusi (da nampak gigi sket..huhu).
3) Suke tdo mengiring. kalau die tejage dan nangis2, ngiringkan je badan die. nanti tgk2 da tdo balik.
4) Mulut da bising. kadang2 sebutan die macam mi,mi (singkatan utk ummi...haha.perasan).
5) Da bole tinggal sorang (sekejap je, kalu ummi nak solat ke basuh baju ke. hehe) kalau dulu langsung x le tinggal.
6) Haziq da pandai isap susu dgn botol ( tp kene susu ummi la dlm botol 2).
7) Die da kenal ummi dan ayah die. Bile nk amek die dari pengasuh, die akan buat suara manje2 sbb nk suruh dukung die. he.
8) Haziq da bole tepis2 atau tendang2 mainan yang bergantung2 kat depan die.
9) Dan yg paling ummi suke ialah haziq da x nangis time maghrib. Die xnak tdo, nk tgu ummi solat maghrib dan isya' baru tdo. Good boy, ye. Nanti da besa bole ikut ayah gi surau. :)
Friday, July 25, 2008
Thursday, July 24, 2008
alkisah si haziq
alkisahnye saya nk cerita tentang anak saya, haziq si tembam :)
SITUASI :
1) penjaga haziq iaitu KAK INA ckp pada hari RABU yang esoknye die tak dapat jaga haziq sebab nak balik kampung. mak die sakit kene operate kat kepala
2) Ummi dan ayah pening kepala. Tatau nak hantar haziq kat mane dalam mase yg sgt singkat utk cari pengasuh haziq. Ummi kol semua adik2 yang dekat UIA.
3) Hari Khamis ummi amek keputusan untuk cuti dan jaga haziq
4) Hari Jumaat Cik Kakak dapat jaga Haziq utk satu hari. Ummi upah cik kakak utk fotostatkan nota die...huhu..berbaloi utk ummi yg keje gaji kecik je :p
5) Hari Ahad malam ummi sms KAK INA tanye die ade tak esok. Tp KAK INA x balas. Ayah suruh kol je tp ummi malas. Ummi assume KAK INA ade kot sbb die tadek susah payah nak sms balik. Sbb selame ni kalu ummi sms tanye pasal haziq, kalau haziq OK die x balas sms. Kalu x OK die yg akan sms ummi dulu.haha
6) Hari Isnin pagi ayah desak ummi kol jugak takut2 KAK INA takde. He.Dan Ummi kol dan yang mengejutkan ummi KAK INA belum balik!!! sudah, ummi dan ayah pening sekali lagi...
7) Dan sekali lagi ummi cuti emergency tapi berbaloi la sbb tengahari tu haziq demam panas. idung berair dan merengek2. kalu ummi keje ari tu confirm tgahari off..huhu
8) Hari Selasa? hehe. cube teke ape jadi? Ummi pulak demam dan ummi cuti MC pulak walau tadek MC pun sbb malas gi jumpe doktor, jimat duit.haha. tapi bagus gak sbb dapat bawak haziq gi tahnik dengan Dato' Dr. Haron Din. alhamdulillah. berbaloi kan? :) (rugi x amek gamba)
9) Hari Rabu ayah dapat cari satu nursery utk haziq. name akak nursery tu KAK SHIMA. Satu hari bayar rm20. Ummi dan ayah pejam mate je bayar sbb terdesak. Tapi haziq tak suke duduk nursery. Sbb nursery tak ade buai. haziq suke tdo buai. jadinye haziq merengek2 dan ummi kene ulang-alik dari ofis ke nursery bile die nangis..he.(sabar,ummi. macam tu la jadi mak kan?)pukul 10 ummi gi nyusu. pukul 1 ummi g lagi dan 4.30 ummi amek haziq dan trus balik. ponteng setengah jam. huh?!!!
10) Hari ni ialah Hari Khamis. ummi ingt nak anta nursery yang semalam. tapi pagi2 lagi pukul 7, KAK SHIMA kol ckp tak leh anta pagi. sbb pegawai kebajikan wat inspection. lepas pkul 12 bole...(nursery sbnrnye xle amek ari, kene regist dulu)erkkk...utk kali ketiga ummi dan ayah terduduk. tatau nak wat ape. ummi da xnk amek cuti sbb da banyak kali. ayah pulak da abes cuti. ummi sms IDA tanye nursery yg dekat umah die. nursery KAK NOR. tp die x angkat. Last2, ummi anta kat umah org sebelah...haha...terpaksa.seb baik ayah tanpa segan silu gi tanye....haru biru jadinye..last2 pukul 8.30 baru ummi dan ayah dapat g keje (huh, bole kene buang keje camni) .Petang sket ummi kol KAK NOR. nursery die sehari rm45. huh???mau pengsan ummi denga
11) Esok ialah Hari Jumaat. Nak letak haziq kat mane???????? Ummi dan ayah pening lagi......
**********************************************************************************
KESIMPULANNYA
1) Ummi dapat kenal ramai org baru!
2) Malu bertanye sesat jalan. Malu bertanya tak dapat anta kat umah org sebelah..hehe
3) Anta anak kat nursery bayar hari mahal!
4) Jadi mak ayah ni kene banyak sabar dan jangan nangis dan bertenang dengan sbrg masalah yg melanda...huhu
5) Ummi da cuti 3 hari sejak tak sampai 1 bulan keje..erk.!!!

Wednesday, July 23, 2008
skali kene tag da...huhu
ni kene tag ngn wanie
1) 1st time naik kapal terbang
mase umur 2 taun kot..ikut abah blaja overseas.
2) 1st time beranak
Mase lahirkan Raja Ahmad Haziq bin Raja Shahrul Nizam, tanggal 2 april 08, 12.45 tghari dgn berat 2.7kg
3)1st time gi overseas
gi UK
4)1st time duduk jauh drp family
mase gi mukhayyam..hehe...tp paling jauh mase gi matrikulasi pulau pinang..sampai homesick tau. tiap2 ari ummi tepon sy...huhu
5)1st time keje....
Mase final sem. Keje ngn pakcik ape ntah name die. jadi gadis photostat..hehe. tp seminggu je sempat keje sbb lepas tu abah tau dan kene berhenti. haha. abah suruh comcentrate on final sem project.
6) 1st time rasa diri gemuk
Erk....honestly mase form 5...dan mase kat matrik. sangat gemuk rasenye
7)1st time bercinta?
hehe...betul2 becinte ialah selepas bekawin dgn abg sayela, ABG RAJE..haha
8)1st time raser diri cantik??
Bile suami ckp cantik ;)
9)1st time masuk cinema
Tak pernah
10) 1st time admitted in hospital
Mase lahirkan HAZIQ
p/s: lepas ni nak tag angah, abe, ijan and aliya(sbb die belum jawab tag wanie.huhu)

Wednesday, July 16, 2008
andai aku bukan seorang ibu
nampak mcm suspen tak tajuk post kali ni?
Pernah denga lagu Mother?Liriknye camni ~~who should i give my love to, My respect and my honor to~~(sambung nasyid sendiri.hehe). Bagi sy, liriknye sangat dalam maksudnye. Dan itulah ape yg sy buat sekarang, utk bayi sebesar Haziq yg baru berumur 3 bulan...
Bila anak dah besar sket, dah jadi kanak2, si ibu akan setia mengikuti perkembangan si anak sampaila anak da bole cakap, jalan dan makan minum sendiri. Selagi si anak belum boleh berjalan, si ibu akan setia mengenggam tgn si anak. Andai terjatuh, bangunlah syg teruskanlah langkahmu kerna ibu akn sentiasa di sisi. Andai jatuhmu meninggalkan kesan luka, tidak mengapa luka itu adalah bukti syg ibu telah berusaha. Andai tersalah sebutan percakapanmu, ibulah guru yang akan membetulkan percakapan anak sampai bole mejadi pemidato yg hebat nantinye...
Bila anak dah sekolah, ibulah yg bersusah payah menguruskan keperluan persekolahan. Berapa pasang baju sekolah utk dijahit. Bila nak beli kasut sekolah dan alat tulis. Kerja rumah da siap ke belum? Sarapan esok nk mkn ape?Baju sekolah belum dibasuh. Belum disterika. Nape si anak belum balik lagi ni? Ada no.tel cikgu tak? Alamak, anak pesan belikan warna air. Itulah antara rutin si ibu utk bertahun lamenye....
Kesimpulannya disini, di mata seorang ibu, seorang anak itu sudah sempurna. Apa yg dimiliki oleh seorang anak itu, itulah kelebihan yang dimilikinya. Seorg ibu akan berusaha sedaya upaya utk melihat anaknye gembira....Namun, adakah si anak mampu membalas seperti yang ibu berikan? Sama atau lebih atau kurang? Jiwailah ibu anda dan anda akan tahu cara utk membalas kasih sayangnya walau pastinya tak terbalas seperti apa yang dia curahkan......( sy nak bali!sy nak balik!waaa~~~) . Sayangilah dia, hargailah dia selagi dia ada... =)
Lirik Your Mother:
Who should I give my love to
hehe..
Sebenarnye ape yang nk sy bincangkan dalam post kali ini ialah tentang ibu.
Seorg ibu sbnarnya terlalu banyak pengorbanan yang dicurahkan utk seorang anak. Apatah lagi kalau seorang ibu itu mempunyai lebih dari seorang anak.

Sebelum menjadi ibu, saya kurang memahami jiwa seorang ibu. Memg sy menghargai, menyayangi dan berusaha utk membalas jasa dan tidak menyakitkan hati ummi sy. Tp sy tak tahu ape perasaan seorang ibu sebenarnye....
Tapi sekarang, lepas lahirkan haziq..barulah sy tahu...mcam ni rupenye jd seorang ibu....kasih sayang yang tidak ternilai utk seorng anak dan yang paling penting seorg ibu tidak pernah mengharapkan balasan dari anak atas ape yg telah dicurahkan...(waaa...nk jumpe ummi).
Pernah denga lagu Mother?Liriknye camni ~~who should i give my love to, My respect and my honor to~~(sambung nasyid sendiri.hehe). Bagi sy, liriknye sangat dalam maksudnye. Dan itulah ape yg sy buat sekarang, utk bayi sebesar Haziq yg baru berumur 3 bulan...
Semasa seorang anak masih bayi, ibulah yang mandikan, pakaikan baju, belikan baju yg cantik walau baju ibu sendiri da betaun tadek yg baru, bedakkan dan losen spy si anak wangi utk dicium ayahnye. Sisirkan ranbut, bersihkan telinga dan hidung agar sedap mate sesiapa yg memandang. Ibu jugak yg bangun tgh2 malam utk nyusukan anak sdg ayah sedap berdengkur dan kadang2 ibu akan kejutkan anak bile dah lame tak menyusu spy anak tak tidur dalam kelaparan. Selagi belum boleh berjalan, ibu akan setia pegang si anak sbb si anak akan nangis kalau dibaringkan selalu. Sesekali anak menangis, ibu akan berkejar mendapatkn anak spy tangisnya tidak melarat. Bila lampinnya basah atau si anak baru membuang hajat besa, si ibu akan segera menukar lampin. Bimbang anak tak selesa. Bimbang kulitnya akan gatal dan meruam....Si ibu akan nyanyikan lagu2 merdu walau suara tak merdu utk menghiburkan si anak,adgn harapan agar tidurnya lena diulit mimpi yg indah...
Bila anak dah besar sket, dah jadi kanak2, si ibu akan setia mengikuti perkembangan si anak sampaila anak da bole cakap, jalan dan makan minum sendiri. Selagi si anak belum boleh berjalan, si ibu akan setia mengenggam tgn si anak. Andai terjatuh, bangunlah syg teruskanlah langkahmu kerna ibu akn sentiasa di sisi. Andai jatuhmu meninggalkan kesan luka, tidak mengapa luka itu adalah bukti syg ibu telah berusaha. Andai tersalah sebutan percakapanmu, ibulah guru yang akan membetulkan percakapan anak sampai bole mejadi pemidato yg hebat nantinye...
Bila anak dah sekolah, ibulah yg bersusah payah menguruskan keperluan persekolahan. Berapa pasang baju sekolah utk dijahit. Bila nak beli kasut sekolah dan alat tulis. Kerja rumah da siap ke belum? Sarapan esok nk mkn ape?Baju sekolah belum dibasuh. Belum disterika. Nape si anak belum balik lagi ni? Ada no.tel cikgu tak? Alamak, anak pesan belikan warna air. Itulah antara rutin si ibu utk bertahun lamenye....
Kesimpulannya disini, di mata seorang ibu, seorang anak itu sudah sempurna. Apa yg dimiliki oleh seorang anak itu, itulah kelebihan yang dimilikinya. Seorg ibu akan berusaha sedaya upaya utk melihat anaknye gembira....Namun, adakah si anak mampu membalas seperti yang ibu berikan? Sama atau lebih atau kurang? Jiwailah ibu anda dan anda akan tahu cara utk membalas kasih sayangnya walau pastinya tak terbalas seperti apa yang dia curahkan......( sy nak bali!sy nak balik!waaa~~~) . Sayangilah dia, hargailah dia selagi dia ada... =)
Lirik Your Mother:
Who should I give my love to
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
'Cause who used to hold you
And clean you and cloth you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of
Giving all my love
Who should I think the most of
After Allah and Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father'
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay right close to
Listen most to
Never say no toAfter Allah and Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears
Knows your fears
Who really cares
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother
(p/s: sy bukan menidakkan pengorbanan seorg ayah, tapi dlm post kali ni sy fokus kat ibu je...hehe...ayah,jangan mara tau ;) )
Tuesday, July 15, 2008
Tuesday, July 8, 2008
ummu haziq kembali bekerja :)
alhamdulillah. selepas 4 bulan ummi tak bekerja, akhirnya ummi kembali bekerja bermula tanggal 1 julai 2008...at least adala duit tambahan utk beli t-shirt ayah.hehe ;)
mesti ramai yang tanye saya keje kat mane. Dan yang paling tak best kalau org tanye jadi tutor kat mane?hehe...saya akan jawab insyaAllah kalau ade rezeki :) saya sekarang keje kat fakulti lame saya juga sebagai RA..he. sampai bile la nak jadi RA ye. sampaila Allah kate .. kun,fayakun!he.
.....
sambung balik menulis lepas makan kacang sponsored by ina bersama ida
.....
mase mule2 nak cari keje saje2 je tanye ina kot2 ade lecturer nak pakai RA...dan tak sangka ina cakap ade dan tak sangke jugak dr.hamidah suruh masuk on the spot..alhamdulillah rezeki haziq :)
tapi saya mintak tangguh 2 minggu sebab mase 2 tatau nak tinggal haziq kat mane dan haziq tanak susu botol!aduh..gawat nih..dan dalam mase 2 minggu tu la umminye aja haziq isap susu botol...namun hasilnya merisaukan.haziq langsung xnak susu botol. saya hanya mampu bertawakkal je mintak Allah permudahkn urusan ummi dan haziq. sehari sebelum kerje barula dapat pengasuh yang saya rase sesuai utk haziq....
mase 1st day nak tinggal haziq, ya Allah....hanya Allah yang tahu betapa beratnye hati ummi. tinggalkan haziq dgn penjaga dengan pelbagai anggapan dan kemungkinan yang negatif bersarang di benak fikiran. ummi cerita kat pengasuh ragam dan jadual haziq. ummi berdoa sgt2 smg penjaganya dapat sayang haziq mcm die syg anak die sendiri walau tak mampu utk sayang mcm ummi sayang haziq.
dan hari tu ummi tinggalkan dengan....tawakkaltu 'alallah...aku bertawakkal padaMu Ya Allah, peliharalah anakku sepanjang peninggalan ku ini....amin...

Monday, June 30, 2008
Friday, June 6, 2008
selamat pengantin baru,cik ros!!
tanggal 1 jun lalu, ummi ayah dan haziq gi kenduri kahwen ros&masrizal kat segambut. kami betolak pkul 2 dan dekat pukul 4 barula sampai. sebabnye...ayah hilangkan kad jemputan dan kami gi redah je berpandukan alamat yang ade..haha.padan muke..seb baik ayah tak mengamuk sbb tak jumpe jalan. btw ummi puas atila sebab dapat jumpe zu, diey, aza and yana. thanks for waiting..hehe
and to ros&masrizal, duduk 2 orang baik2, kawan baik2 jangan gado2 tau. moga perkahwinan korang diredhai Allah dan kekal ke syurga hendaknye..honeymoon kat ne?hehe.

Thursday, June 5, 2008
tazkirah :: dust is my bed ::
:: DUST IS MY BED ::
فرشي التراب يضمني وهو غطائي
حولي الرمال تلفني بل من ورائي
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي
والنور خط كتابه أنسى لقائي
والأهل اين حنانهم باعوا وفائي
والصحب اين جموعهم تركوا اخائي
والمال اين هناءه صار ورائي
والاسم اين بريقه بين الثناءِ
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والحب ودّع شوقه وبكى رثائي
والدمع جف مسيره بعد البكاء
والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي
فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات وإنه قسما دوائي
والرب أدعو مخلصا أنت رجائي
أبغي إلهي جنة فيها هنائي
Dust is my bed, embraces me and it’s my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line……………
Where is my family’s love? They sold my loyalty!
And where is my group of friends? They left my brotherhood!
Where is the bliss of money? It’s behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises
This is my end and this is my bed
And love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed
Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it’s my cure
And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it

Allah! I desire heaven, to find bliss in it.

harga minyak naik???
harga minyak naik lagi???
ni aper crita???
tak kan nk aku pindah negara lain kot!!!!

Tuesday, June 3, 2008
betul, mati itu pasti
[1]Demi Masa! [2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr)
Mati itu pasti.
Siapa yang berani menyangkal pernyataan itu?
Ku pasti tiada sesiapa. Kerana semua orang percaya bahwa mati itu pasti.
Cuma persoalannya ialah BILA, DIMANA dan BAGAIMANA
Sekiranya kite tahu jawapannya, adakah jaminan untuk kite bersedia untuk menghadapi mati?
Mungkin ya dan mungkin tidak.
Dan aku....
Andai sesekali terbayang ditinggalkan keseorangan diri di dalam kubur
dalam kegelapan dan dihimpit hingga bertemu rusukku
Pasti aku segera mematikan bayangan itu
Kerna aku takut ditinggalkan
Takut keseorangan
Takut pada kegelapan
Takut pada dosa2 ku
Takut pada malaikat yang menyoalku di dalam kubur
Andai ku imbas kembali di zaman sahabiah
Mati itu ditunggu
Mati itu satu kenikmatan
Mati itu satu kerinduan
Mati itu jalan bertemu Kekasih
dan pasti mati yang direbutkan ialah mati syahid
Mati itu..
Andai menjadi satu motivasi
Untuk terus beramal
Terus bekerja untuk Islam
Bekerjalah sepenuhnye
Dan berehatlah kadang2 masa
Kerna selepas mati
Berehatlah selamanya
Hingga tibanya masa
Untuk bertemu si KEKASIH
alangkah indahnya ia....
Bagiku
Selagi kita hidup
Berbuatlah baik pada manusia
Kerna kite tak tahu bile masanya
Adakah kita atau dia yang akan meninggalkan dulu
Selepas itu tiada gunanya penyesalan
Atas dosa2 kepada si dia
Hiduplah atas bumi Allah ini
dengan penuh lapang dada
Maafkanlah silap saudara
Mohon ampunlah atas dosa kita
Luangkanlah masa bersama yang tersayang
Hargailah hadirnya individu dalam hidup kita
Tebarkanlah kasih sayangmu
Kerna tiada kepastian untuk kita
Adakah esok masih ada untuk kita....
ALFATIHAH BUAT SAHABAT BAIKKU NURUL HAINI ANUAR YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH TANGGAL 30 MEI 2008.
SAHABATKU HAINI,
DIRIMU AKAN DIKENANG SELAGI HAYATKU DIKANDUNG BADAN
SEMOGA KITE BERTEMU KEMBALI DISYURGA HENDAKNYA
BERBAHAGIALAH ROHMU. SMG DIRIMU DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN YANG DIKASIHINYA...AMEEEEN YA RABBAL 'ALAMIN
Wednesday, May 21, 2008
nama saya Raja Ahmad Haziq bin Raja Shahrul Nizam
ramai kawan2 ummi yang mintak nak tengok muka saya. sekian lama saya lahir barula ummi saya sempat nak upload gamba saya. sekarang saya da tembam. hari ini umur saya sebulan, 2 minggu dan 5 hari. mase ummi tengah upload gamba ni, saya baru je tdo lepas minum susu. ayah saya pergi keje. tak saba nak tunggu ayah balik. nanti ayah saye kejut saya bangun2, cium2 pipi saya sampai saya nangis. hehe..
haziq baru lepas mandi.hm....segarnye badan haziq, ummi
ummi....haziq da ngantuk, nak susu..
alhamdulillah, haziq da kenyang. terima kasih, ummi
zzzzzz.......
bestnye tdo atas riba ummi...
ok, sayang. ummi da lenguh. tdo atas katil pulak ye. muah....

Wednesday, May 14, 2008
mujahidku
mase tu pkul 10.30 malam, 2 april 2008....selepas buang air kecik, saya perasan ade lendir bercampur darah keluar. saya mule merasakan itu adalah tanda2 bersalin. saye cari ummi. tapi ummi tengah gune telepon. saya buat2 selamba tapi dalam hati berdebar kuat. saya bitau alang yang saya da nak besalin. dan alang pulak yang jadi panik. hehe. saya sms abang. die tengah bersenam menggunakan tali skipping. abang kol saye balik. abang cakap, 'bia betul.da bitau ummi?'. saya cakap, 'belum, ummi tengah begayut'.
sambil tunggu ummi, saya cek beg baju kot2 ade yang tertinggal. saya kol abang, cakap confirm nak besalin. abang pun cepat2 bersiap dan bergegas pulang ke jb. lepas tu ummi tolong siapkan bekal makanan untuk saya makan lepas bersalin. ummi ckp lepas bersalin, lapa. pkul 11 abah balik usrah dan kami terus ke hospital besar sultanah aminah. saya sampai pkul 11.30, trus ke tingkat dua untuk saringan. saya tunggu sangat lame. dalam pukul satu, name saye dipanggil untuk saringan.
doktor tanye : kenape awk datang cni?
saya jawab: ada darah keluar
doktor cakap: ok.puan sila baring.saya nak cek
saya pun baring.Ya Allah,punyela sakit bile doktor cek bukaan keluar.
doktor cakap: tahan sakit sikit ye. (selepas cek) ok.bukaan keluar masih kecil.dalam 2,3 jari. lepas ni darah akan keluar lebih banyak. awak kene masuk dalam wad dulu la ye.
saya keluar dari bilik saringan, abang da sampai. abang pergi register untuk masuk wad.15 minit kemudian abang naik. abang cakap duit deposit rm800. kalau ade baki nanti die bagi. dalam hati saya cakap : nak besalin pun kene banyak pakai duit ye. seb baik ummi bawak banyak duit. le pinjam ummi (sebab abang dan saya tak jangke kene bagi deposit dulu.hehe)
pukul 3 pagi. saye masuk wad. dan saya ditinggalkan sorang2. saya cium tangan ummi. saya cium tangan abang. abah tak sempat salam sebab abah tunggu kat bawah. saya mintak maaf kat derang, mintak halal makan minum. malam tu saya memang tak dapat tdo sampai ke pagi. perut saya sakit
pkul 10.30 pagi , tanggal 3 april 2008. sakit perut saye menjadi2. setiap 5 minit sampai saye bole jangke bile saya akan sakit. saya da tak bole baring. sebab nanti makin sakit. saya jalan2. borak dengan orang depan. saya dah tak tahan. saya tekan suis kat atas kepala, panggil nurse.
saya cakap: nurse, saya da tak tahan. sakit da datang setiap 5 minit
nurse jawab:tunggu nanti doktor datang
tak lame lepas tu doktor datang. doktor suruh masuk bilik untuk cek bukaan. saya pun pegi. saye pun baring. sambil cek, doktor cakap : hm,awak da bole besalin ni. da 6 cm bukak. saye nak pecahkan air ketuban ye. air panas mengalir di celah peha.kain saye basah. doktor keluar. masuk pulak nurse.
nurse cakap: ok,puan.bole turun katil ye. duduk atas wheelchair.
saye pun turun. air mengalir sampai ke kaki. lantai dah basah. tibe2 doktor masuk
doktor cakap: eh,awak tak bole kasi patient sebelum bagi pad. tengok da basah
saye cakap dalam hati: apela.aku pun tahu. cemane nurse ni tak tahu.
saye duduk atas wheelchair. nurse tolak saye masuk wad. saye amek baju baby. nurse tolak lagi kelua wad. nurse cakap kol suami. saye cakap suami kat lua. nurse pun tolak lagi. kat lua saye nampak abang tdo. hehe. saye jerit panggil tapi abang tak denga...nurse ngan doktor pun tolong jerit..abang!abang!...abang pun tejage.hehe...nurse pun tolak masuk bilik besalin
pukul 12 tengahari saye terbaring atas katil bilik besalin. abang kat sebelah pegang tangan saye. saye tengah sakit. tapi bole tahan. saye sebut : lailahaillallah.lailahaillallah.
bile makin sakit saye sebut makin kuat. tibe2 saye rase sakit yang saye rasa da tak tertanggung. sentiasa sakit. sangat sakit. tadek jarak minit da. dari atas perut ke bawah. dan dari atas balik ke bawah. saye rase panas sangat. abang kuatkan ekon. saye cakap : abang, panggil nurse. da tak taha. nurse datang. nurse cakap : awak masuk tadi baru 6cm. awak perlukan 4 jam lagi utk bukak 10 cm. utk anak pertama biasanya 1cm bukaan memerlukan 1 jam.
saya cakap: saya dah tak tahan!
nurse pun tolong la cek sbb nak amek ati saya. dan nurse cakap: bukaan awak da 10 cm! cepat bukak set! saye cakap dalam hati : alhamdullillah. bile nurse cakap teran, saye teran. saya tatau cemaen nk teran. saye teran je. rase macam nak buang air besa je. nurse cakap teran lagi.curi nafas.saye pun curi nafas. abang ckap sikit je lagi. saye pun jadi bersemangat dan terus teran.
dan tibe...uwweeek!uwweeek!..alhamdulillah. mujahid ummi dan ayah da kelua....
terharu rase mendengar tangisan anak. terase kaki kecilnye menendang2 paha saya. dalam hati saya cakap agaknye macam ni la ummi lahirkan saye. tibe2 saya teringt kat ummi. rase kasih sayang saye bertambah2 kat ummi...abang gi ikut nurse bersihkan baby. lepas tu die azan dan iqamatkan. lepas tu nurse letak baby dalam pelukan saye. bahagia rasenye. hati saye berbunge riang. tibe2 saye denga bising2.......dan nurse tu cakap..... ( to be continued..hehe.jangan mara)

Monday, March 17, 2008
menanti hari
Disebabkan banyak sangat permintaan nak tgk gamba mak buyong, jadi kat cni saya upload la 2 keping gamba utk menjadi tatapan sebelum baby boy ni nk klua...
mase ni ckup-cukup 9 bulan. dan tgu mase utk besalin.ummi saye cakap maybe 2 minggu lagi nak bersalin.ape2pun semoga kami berdua selamat dan sehat hendaknye...
bile menanti mase ni rase macam lame je..
padahal dah belum masenye nk klua jadi tadekla baby ni nak keluar lagi.ye tak...
takpe...selagi belum masenye, duduklah anakku dalam rahim ummi ni...sbb kat dunia luar ni terlalu banyak yang anak akan pelajari dan terlalu banyak rintangan yang perlu diharungi.
semoga anak ummi dan ayah bakal menjadi pejuang agama Allah dan menjadi anak soleh, yang berjaya di dunia dan diakhirat hendaknye...amin
" Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya :Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"(Luqman :13)
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelamahan (dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembalik(untuk menerima balasan)."(Luqman :14)
banyak lagi sambungan dari surah luqman yang sesuai menjadi halwa telinga anak kite sebagai nasihat dan pedoman dalam kehidupan. Maka sama2lah kite mentadabbur ayat2 alQuran :)
Tuesday, February 26, 2008
PELAHIRAN DAN KELAHIRAN
Apakah yang dimaksudkan pelahiran? Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, berlaku beberapa perubahan baru yang menandakan kelahiran yang bakal anda hadapi. Sebagai contoh, anda dapat merasakan bayi berada lebih bawah di bahagian abdomen dan orang mungkin menegur yang bayi anda telah "menurun". Keadaan ini dikenali sebagai "keringanan" dan ia bermaksud bahawa kepala bayi telah masuk ke bahagian bertulang di pelvis anda. Kadangkala ia berlaku dengan cepat dan anda akan mendapati secara tiba-tiba lebih mudah untuk bernafas. Kadangkala proses "keringanan" tidak akan berlaku sehinggalah selepas proses pelahiran bermula.
Pelahiran atau "labour" bermaksud kerja. Pada masa ini, anda perlu bekerja keras untuk menolak bayi keluar dari rahim anda ke dunia. Ia mungkin merupakan salah satu usaha paling sukar yang pernah anda lakukan. Pangkal rahim yang terbentuk daripada tisu padat, berbentuk seperti "doughnut" kecil dan berlubang di tengah-tengahnya, telah menutup sepanjang kehamilan. Kini ia perlu meregang cukup luas supaya bayi dapat melaluinya. Rahim akan mengecut dan memaksa pangkal rahim membuka lebih lebar, sedikit demi sedikit selama beberapa jam. Pengalaman pengecutan rahim adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Sesetengah wanita mengumpamakannya seperti ombak yang semakin membesar dan membesar sehingga mencapai puncaknya sebelum menyusut semula.
Kelahiran Palsu
Pengecutan rahim di peringkat akhir kehamilan adalah satu perkara yang normal. Ia dikenali sebagai "pelahiran palsu" kerana ia tidak membuka pangkal rahim seperti yang berlaku dalam pelahiran sebenar. Di sini disenaraikan tanda-tanda yang dapat membantu anda membezakan antara pelahiran palsu dan pelahiran sebenar:
• Pengecutan pelahiran palsu selalunya tidak kerap berlaku.
• Pengecutan pelahiran palsu selalunya akan hilang apabila anda berjalan-jalan manakala dalam pelahiran sebenar, pengecutannya dirasai semakin kuat.
• Pengecutan dalam pelahiran sebenar akan menjadi lebih kuat dan semakin rapat di antara satu sama lain.
Pada akhir kehamilan, bahagian bawah abdomen anda mungkin terasa tegang atau sesekali berlaku pengecutan rahim. Pengecutan ini akan hilang apabila anda berjalan-jalan atau mempraktikkan teknik pernafasan. Jika ia tidak hilang, hubungilah doktor segera.
Apakah tanda-tanda pelahiran yang biasa?
Permulaan proses pelahiran bagi seseorang adalah suatu fenomena yang khusus. Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tahap pertama pelahiran dan menyalah anggapnya sebagai kembung, pedih ulu hati, sakit belakang, atau ketidakhadaman. Terdapat tiga tanda bermulanya pelahiran. Ia tidak semestinya berlaku mengikut turutan bagi setiap kehamilan.
• Pengecutan yang tetap, dimana ia biasanya bermula di bahagian bawah belakang dan kemudian bergerak ke hadapan abdomen anda. Pengecutan berlaku kerana rahim anda menegang dan berehat untuk membantu membuka pangkal rahim dan menolak bayi keluar menerusi saluran kelahiran. Di peringkat awal pelahiran, anda akan merasa seperti sakit ketika haid. Sesetengah wanita hanya mengalami pengecutan abdomen atau sakit belakang sahaja. Pengecutan pelahiran yang sebenar berlaku secara tetap. Ia biasanya bermula dengan selang masa selama 15-20 minit di antara satu pengecutan dengan yang lain dan berakhir selama 30-45 saat. Semakin lanjut proses pelahiran, pengecutan menjadi semakin kerap dan lebih lama, iaitu lebih kurang 60 saat. Rasa sakit pula tidak akan hilang walaupun anda berjalan-jalan atau berbaring.
• Kesan/tanda merah jambu atau 'gumpalan' lendir
Semasa bayi menolak ke arah pangkal rahim atau leher rahim, pangkal rahim akan membuka dan tanda berwarna merah jambu atau 'gumpalan' lendir akan terkeluar. Biasanya ia mengandungi sedikit darah.
• Pancutan atau lelehan dari rahim
Lelehan air dari rahim menunjukkan pemecahan selaput atau "kantung air" yang mengelilingi bayi semasa kehamilan. Ia tidak akan menyebabkan rasa sakit; hanya seperti aliran air yang hangat. Anda boleh kehilangan lebih kurang satu kuart air, tetapi biasanya ia bergantung kepada bahagian mana di kantung yang pecah. Anda boleh kehilangan air ini secara berterusan kerana tubuh anda menghasilkannya secara berterusan. Kadangkala 'kantung air' ini akan pecah di awal proses pelahiran dan kadangkala ia berlaku di akhir peringkat pertama pelahiran.
Hubungi doktor anda dengan segera apabila selaput atau 'kantung air' mula pecah atau apabila pengecutan menjadi tetap dengan selang masa 15 minit. Untuk anak pertama, doktor mungkin memberitahu anda supaya datang ke hospital apabila selang masa pengecutan rahim adalah 5 minit. Jangan risau jika anda terlewat. Peringkat pertama pelahiran biasanya mengambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk bayi yang pertama. Secara amnya, jika anda telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, tempoh proses pelahiran akan lebih pendek dari kelahiran yang pertama dahulu.
Peringkat pelahiran
Pelahiran boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Semasa peringkat pertama, pangkal rahim akan membuka seluas yang mungkin untuk membolehkan bayi melaluinya. Peringkat kedua pula bermula apabila anda menolak bayi keluar daripada rahim ke dalam saluran kelahiran dan ia berakhir apabila bayi dilahirkan. Peringkat ketiga ialah apabila uri (selepas kelahiran) dikeluarkan. Keseluruhan proses pelahiran ini mengambil masa selama 12-14 jam untuk bayi yang pertama dan lebih kurang 7 jam untuk kelahiran bayi yang seterusnya
Peringkat Pertama:
Semasa peringkat pertama pelahiran, anda akan kerap diperiksa untuk mengetahui perkembangan bukaan pangkal rahim. Ini dilakukan melalui pemeriksaan faraj. Doktor akan mengukur bukaan pangkal rahim di dalam ukuran sentimeter. Apabila pangkal rahim membuka pada tahap maksimum iaitu 9 -10 sentimeter, bukaan adalah cukup besar untuk bayi melaluinya. Peringkat pertama pula boleh dibahagikan kepada pelahiran awal dan pelahiran aktif:
1. Pelahiran Awal:
Semasa proses pelahiran awal, pangkal rahim akan mengembang dari 0 hingga 3 sentimeter. Inilah ketikanya anda mengalami tanda-tanda awal kelahiran seperti kesan lendir bercampur darah, kantung air (ketuban) memecah, dan corak pengecutan yang stabil. Semasa pelahiran awal, anda akan mengalami pengecutan selama lebih kurang 30-60 saat, setiap 5 - 20 minit sekali. Pengecutan ini mungkin bermula seperti Braxton-Hicks yang telah anda alami beberapa ketika ini, dan ia biasanya seperti ombak yang kecil.
Apabila pengecutan anda berlaku setiap 5 minit untuk selama 1 jam, ia merupakan masa yang sesuai untuk menghubungi doktor anda. Melainkan beliau mencadangkan sebaliknya, atau air ketuban telah pecah, mungkin terlalu awal untuk anda pergi ke hospital. Biasanya peringkat ini mengambil masa yang agak panjang bagi kehamilan yang pertama; berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan masa yang betul-betul sesuai untuk pergi ke hospital, dengan mengambil kira jarak dan kesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku. Perasaan anda pada saat ini mungkin bertukar-tukar dari gembira kepada takut, dan mungkin juga merasa lega.
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk merekodkan pengecutan anda; dari bermulanya satu pengecutan ke pengecutan yang berikutnya. Cuba bertenang. Walaupun anda terasa ingin mengemas seluruh rumah, cuba atasinya kerana anda memerlukan sepenuh tenaga untuk proses pelahiran. Jika di waktu malam, cuba tidur semula. Hubungi pasangan, jurulatih, atau sesiapa yang anda inginkan sebagai teman di hospital dan maklumkan apa yang sedang berlaku. Lebih baik sekiranya anda makan sajian yang ringan dalam kuantiti sedikit dan mengelakkan makanan berat bermula dari saat ini supaya saluran penghadaman anda tidak penuh dengan mekanan yang mungkin akan mengganggu proses pelahiran.
Periksa semula beg kelengkapan bersalin anda untuk memastikan anda segala yang diperlukan telah ada dan untuk menambah keperluan lain seperti snek dan minuman. Mula amalkan teknik berehat yang anda pelajari, dengan menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan.
2. Kelahiran Aktif:
Pada peringkat ini, bukaan pangkal rahim mungkin telah berkembang sehingga 4-6 sentimeter. Anda akan mengalami pengecutan yang lebih lama, kuat, dan lebih kerap. Ia akan bermula dari selang masa 1-3 minit, selama lebih kurang 60-75 saat. Walaupun lebih kurang sama seperti pengecutan pada pelahiran awal, ia akan menjadi semakin kuat dan sakit dengan cepat. Jururawat atau bidan mungkin akan bersama anda sepanjang proses ini. Bapa kepada bayi atau orang yang menemani anda dibenarkan menemani anda di dalam bilik bersalin jika dipersetujui oleh anda dan pihak hospital. Tumpukan perhatian untuk berehat seberapa banyak yang boleh. Semakin anda relaks, semakin kurang anda merencat pengecutan yang berlaku yang sedang bekerja keras untuk mengembangkan dan menipiskan bahagian pangkal rahim. Berjalan-jalan dan duduk dapat membantu anda.
Elakkan dari berbaring terlentang terlalu lama. Jika anda perlu berada di atas katil, pastikan anda selalu mengalihkan posisi. Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam-dalam seberapa lama yang boleh untuk menolong merehatkan anda. Untuk memastikan bayi berada dalam keadaan yang baik semasa proses pelahiran, doktor atau jururawat akan memeriksa denyutan jantung bayi, sama ada dengan menggunakan stetoskop atau dengan melalui pemantauan janin secara elektronik menerusi wayar yang di pasang di abdomen anda. Semasa pelahiran, proses pengecutan akan menyebabkan anda berasa tidak selesa. Anda boleh meminta ubat untuk meredakan kesakitan ini. Doktor akan memberi ubat yang paling sesuai di samping mengambil kira keadaan anda dan bayi di dalam kandungan. Analgesik merupakan ubat yang melegakan kesakitan dan pengecutan melalui suntikan.
Peringkat Kedua:
Apabila pangkal rahim telah membuka dengan cukup besar, kepala bayi akan mula melaluinya. Jika air ketuban masih belum pecah, ia akan menyebabkan pancutan cecair dari faraj. Pada peringkat ini, bayi akan ditolak melalui pangkal rahim yang terbuka, menerusi faraj dan dilahirkan. Peringkat ini lebih singkat dari peringkat pertama, iaitu 1.5 jam untuk bayi pertama dan 30 minit atau kurang bagi anak yang seterusnya. Pengecutan ketika ini adalah dalam selang masa 2-3 minit dan berlanjutan selama 1 minit.
Semasa bayi bergerak, sedikit demi sedikit melalui saluran kelahiran, ia akan mengenakan tekanan di rektum dan menyebabkan anda seperti hendak meneran najis. Doktor dan jururawat mungkin akan meminta anda melakukan teknik pernafasan yang khusus semasa meneran. Meneran selalunya akan melegakan sedikit ketidakselesaan dan memendekkan proses pelahiran.
Namun adalah penting untuk tidak mula meneran sehinggalah doktor mengarahkan anda untuk melakukannya. Peringkat ini akan berlanjutan sehinggalah bayi dilahirkan dan mungkin mengambil masa selama 10 minit hingga 2 jam lamanya. Anda hendaklah berada dalam kedudukan meneran yang paling selesa dan efektif. Gunakan sepenuh tenaga untuk meneran dan rehat seketika di antara proses meneran itu. Ikut arahan doktor dan jururawat. Jika perlu, episiotomi mungkin dilakukan. Di akhir peringkat ini, bayi anda akan dilahirkan.
Pada peringkat ketiga pelahiran, uri dan membran akan dikeluarkan melalui bukaan faraj. Ia biasanya berlaku dalam masa 5-30 minit selepas bayi dilahirkan.
SUMBER : http://www.infosihat.gov.my

Subscribe to:
Posts (Atom)