Saya melihat kelendar. Hari ini sudah 18 Ogos. Tinggal lagi 2 minggu utk bertemu Ramadhan. Saya merenung dalam2, bertanyakan soalan pada hati. "Adakah aku bersedia utk menyambut tetamu agung ini??!".
Tahun lepas, hampir sebulan saya tidak berpuasa. Lantaran sakit pening penangan ibu mengandung. AlQuran dan tarawikh jarang sekali saya buat. Tapi sakit itu bukan dibuat. Sungguh, saya benar2 tiada kudrat utk melaksanakannya. Dan sekarang, hampir setahun berlalu. Kita akan ditemukan lagi dengan Ramadhan yang mulia..
Namun, puasa belum habis berganti. Alasannya saya tak tahan menanggung lapar+penat lantaran menyusukan anak, memerah dan berulang-alik dari rumah ke tempat kerja (menyusukan anak). Menyesal rasenye tak ganti mase mengandung. Tapi selera saya tak boleh ditahan2 selepas berlalunya fasa pening2 + muntah2.
Esok, luse..... Ramadhan akan kembali menjengukkan diri. Mengetuk pintu2 hati utk bangun bertahajud. Memaniskan mulut dengan bacaan alQuran dan memeriahkan surau2 dengan solat tarawikh. Juga mendidik tangan kanan ini utk bersedekah kepada si miskin. Namun bersediakah hati ini?? Adakah ruang mase utk kembali beribadah lantaran hidup saya makin sibuk dengan hadirnya si kecil Haziq dalam keluarga kami?? Dalam hati saya berteka-teki. Boleh ke nak pergi surau bertarawikh dgn haziq?? Atau dirumah pun x larat? sempat ke khatam Quran?? Cemane nk bangun sediakan sahur?? Tidur malam pun tak cukup sbb menyusukan anak!
Ahh!!!! Itu semua alasan mungkin. Alasan yang melemahkan semangat saya utk menyambut Ramadhan. Mungkin mujahadah itu yang paling penting. Orang kate hendak seribu daya, tak nak seribu dalih! Namun, masih adakah Ramadhan utk saya pada tahun ni??..................... Allahu'alam
5 comments:
uhuk terus terang bagitahu.. for me it was very difficult. wpun layth dah besar (about 8 months old) masa first ramadhan sejak lepas bersalin tapi still badan penat. ana buat je apa yg mampu. pergi masjid 2 kali aje kot.
xpe farhana.. tugas seorang ibu dan isteri tu pun dikira ibadah juga.
btw, ganti puasa tu boleh tangguh. tak perlu ganti sebelum ramadhan seterusnya. kalau tak mampu ganti, boleh byr fidyah instead (secupak beras utk setiap hari - lebih kurang 1kg beras sehari). boleh rujuk fiqh sunnah utk keterangan
thanks aliya. sangat memberi perangsang! hehe.tu la. menyusu bdan ni sgt penat+LAPAR..hehe..
slm ramadhan ;p
Ahlan ya Ramadhan! Semoga berjaya melengkapkan ibadah di sepanjang ramadhan dgn penuh kekuatan ;-) InsyaAllah u can do it!
sala ramadhan, ijan. ammen. kak saliha, thanx 4 ur moral support :)
Post a Comment