Saya ade ulser di tepi bibir, dalam mulut. Setiap pagi , bangun dari tidur, saya tidak mampu untuk tersenyum pada suami dan si kecil saya. Puas haziq tego umminye. Tapi ummi tak leh senyum. Ummi juga tidak mampu untuk membalas ngomelan haziq setiap pagi.
Setiap pagi saya akan bangun dalam kesakitan lantaran ulser yang mengering menambahkan lagi keperitan setiap kali ulser tersentuh gigi saya. Bila ke tandas, gigi yang terletak di sebelah ulser sukar sekali utk dicapai oleh berus gigi. Perit betul rasenye. Kadang2 ulser ini menyebabkan urat di leher dan kepala saya sakit.
Apabila tiba di ofis pula, saya hanya mampu menyapa kawan2 ofis dengan senyuman herot. he. Keadaaan ini yang telah berlaku untuk 3 hari membuatkan saya terfikir sejenak. Ulser itu hanyalah kecil di dalam mulut, tapi impaknya besar. Sehingga menyebabkan hilang mood utk bercakap. Tambah2 lagi utk bercerita pada si kecil saya. Begitulah fitrah manusia. Nikmat yang ditarik itu seringkali terasa syukurnya apabila sudah tiada walau hanya untuk sementara. Nikmat itu hanya pinjaman dari yang Maha Esa. Begitu juga dengan orang yang tersayang di sekeliling kita. Mereka juga adalah nikmat yang hanya sementara dan pinjaman dariNya.
Nikmat saya utk tersenyum ditarik. Nikmat utk menyapa juga ditarik. Apatah lagi utk makan. Hilang selera makan. Maka utk menghargai nikmat-nikmat itu, gunakanlah ia sebaiknya semasa ada. Untuk itu saya berazam utk rajin bercerita kepada si kecil bila ulser ini sudah baik. Kerna kadang2 lantaran terlalu sibuk dengan rutin harian, masa di rumah saya habiskan utk melepaskan lelah sahaja. Kurang masa yang berkualiti bersama si manja. Tebarkanlah senyuman kerana ia sedekah yang tak perlukan duit utk dihulur. Hadiahkanlah ciuman kepada yang tersayang. Hargailah kehidupan ini seadanya kerana ia juga adalah NIKMAT YANG HANYA PINJAMAN...
1 comment:
sy pn kena ulser tepi bibir gak. bhye ni, adekah pnyakit ini leh brjangkit?? ;p
Post a Comment