Irdina Sewing Art

Monday, July 19, 2010

cerita anak dan ayah

semalam saya dok potong2 buah dan hidangkan buah tu dekat haziq dan ayahnya.
diorang pun syokla makan buah dan menonton tv bersama.
lepas tu saya hidang la air masak sorang secawan.
tgh saya dok basuh pinggan kat dapur tiba2 haziq datang mintak air.
saya pon topup la separuh cwan kat dia. tiba2 dari jauh saya dengar haziq kene marah ngan ayahnya sebab tumpahkan air.

maka meraungla si anak ni kene marah. haha. ummi dari jauh sayu je tengok. tapi tunggu je sbb bagi peluang ayahnye pujuk balik. dah lama sket ayah die pun pujuk la haziq. terisak2 haziq dok dekat ayah die sambil ayah die dok urut belakang pujuk die.

saya pun masuk dekat, tanya suami, nape bang? suami saya cakap haziq ni tumpahkan air. die tuang air die dalam cawan abang. habis tumpah. saya pun beritahu: abang, sebenarnya tadi haziq pergi dapur mintak air dari ummi nak bagi ayah. die sebenarnye tuang air dalam cawan ayah sebab nampak air ayah dah sikit... dan suami saya terkedu. perlahan2 die usap2 kepala haziq.

saya rasa terharu melihat dan melalui sendiri peristiwa sebegini....dan saya sangat2 merasakan bahawa anak ini adalah anugerah dan juga pinjaman dari Allah. maka hargailah dia dan corakkanlah akhlaknya sebaik mungkin mengikut ajaran Islam...