Irdina Sewing Art

Wednesday, November 25, 2009

perkahwinan itu...

SINCE DALAM ANNIV MOOD SO I WOULD LIKE TO SHARE THIS NICE ARTICLE WITH YOU.

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggangmotosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

our 3rd anniversary

today is our 3rd anniversary
sekejap je rase
rase mcm semalam baru dinikahkan
macam baru semalam buat kenduri
macam baru semalam lahirkan haziq
hehe..tipula tu
tp mcm sekejap je mase berlalu dan sekarang
da genap 3 tahun usia perkahwinan kami
dilengkapkan lagi dengan kehadiran putera kami
raja ahmad haziq yang dah setahun lebih umurnya
sebagai bukti kasih antara 2 insan

banyak suka duka dikongsi bersama
gelak tawa dan tangisan menjadi irama percintaan kami
dalam nak mematangkan usia sampai ke 3 tahun tempoh usia ni
tiada rahsia lagi antara kita
marah, geram, rindu dan sayang semua diluahkan

moga Allah terus memberi kami kekuatan
dalam mendidik anak2 menjadi anak yg soleh dan solehah
menjadi pejuang agama dan terus berbakti pada ibu bapa
moga Allah terus memberi kekuatan utk kami terus mempertahankan cinta kami
dalam rahmat dan redhaNya
moga Allah dapat terus membimbing kami dalam membina keluarga sakinah dan mawaddah
tenang dalam kasihNya

Ameen

Wednesday, November 4, 2009

aku tengah angau

sebab abang tadek
aku pun jadi angau
macam mule2 bertunang dulu
haha

aku dedikasikan lagu ni kat sape2 yang husband ni g training/out-station atau yang ade kat sebelah pun bole layan lagu ni. hehe

menatap matamu by aril

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun


http://www.ziddu.com/viewfile/6735443/arilaf7-menatapmatamu.mp3.html

Tuesday, November 3, 2009

benarlah kata orang


benarlah kata orang

seseorang atau sesuata perkara akan lebih dihargai bila ianya tiada
sedangkan bila di depan mata kadang2 dibutakan je mata macam tiada

hmm
suami saya training di bangi utk kadar tempoh seminggu
seminggu je ke?
iya, seminggu. dan ia sudah cukup lama untuk saya.
rasanya dah lama tak ditinggalkan oleh abang mcm ni.
rasanya paling lama terpisah pun masa bersalinkan haziq
tu pun dalam 2 minggu
tapi bezanya saya dikelilingi oleh keluarga

tapi sekarang hanya ada saya dan haziq, permata hati kami

thanks to kakak sudi teman esok sampai jumaat.
alhamdulillah setakat ni haziq tak meragam
macam tahu2 je ayah die tak ade

ayah, we really miss u
hope to see you very soon!
lambatnya rasa masa berlalu :(