Irdina Sewing Art

Monday, October 5, 2009

enjoy the warming open houses

semalam kami sekeluarga memang beraya sakan.
pagi tu sempatla sy masak breakfast=nasi goreng jek.
start pukul 12.30 kami memulakan perjalanan utk mengisi perut kami yg tengah kebulur ni.

1. dalam pkul 1.30 kami sampai ke jamuan raya bank rakyat. waaaaaahhhhhhhh! ade lebih kurang 10 gerai yang diserve oleh caterer. sgt seronok.maka sy dengan lahapnya telah menghabiskan sepinggan char kue teow, 4 btg satay, dan 3 potong roti john. huhu. mau termuntah rasenye. nasib baik la si haziq leka main dengan belon free dari bank rakyat. sempatla ummi mknn semua tu. pastu bawak balik dua bekas ais krim utk dimakan bersama haziq dlm kete...hehe....

2. on the ke destinasi kedua, terpakse cari tandas sbb mcm sakit perut. keracunan kot atau terlebih limit! haha. selesai sembahyang kami menghala ke banting.
destinasi kami ialah ke rumah kimah dan pak lan. haa..kat sini kami bantai nasik pulak. nak kate nasi dagang bukan nasi hujan pun bukan..hehe..tanye kimah die ckaap makan pastu rase sendiri. hehe. haziq makan sket jek sbbnye die sebok nak usik + menyembang + menunjukkan skil2 nya pada kawan2 ayah. isy...isy...tambah lagi kimah dan pak lan baru dapat baby. suke la die nak usik baby tu. sampai si ayah baby pun risau. haha.

3. seterusnya kami terus ke putrajaya nak beraya rumah kak saleha dan suami. on the way ke sana si haziq pulak teberak. abes bocor. dah la ummi lupe nk bawak seluar spare. slalu ade je bawak. time nak jadila tadek plak spare. nasib baik la stok pampers sentiasa ade. so stop kat petronas sat utk basuh haziq dan ayah solat. ummi mcm x yakin je nak solat sbb dok riba haziq yang dah bocor dari tadi. hmmm..sampai putrajaya dalam pkul 6 ptg. haa...baru la dapat baby kedua derang. amna rayyan namenye. senyap2 je anak derang. alhamdulillah senang nak jage. haziq buat kali ketiga tak brape nak makan. sbbnye die jumpe kereta mainan yang dia boleh naik dan tolak ngn kaki. tak sempat minta izin ngan tuan rumah da naik..heheh...budak2. biasa la tu...

4. dah 6.30 baru ingat ummi lom sembahyang. so mintak izin nak balik dan ayah pun pecut la balik. tapi sbb takut tak sempat terpakse la singgah gak kat petronas. huhu. jadi ummi solat asar pkul 6.50 hari tu dengan cara2 tertentu supy bersih. huhu. truk kan. malu je. lepas tu kan. alamak! jiran sebelah rumah pun ade open house. mcm da tak sempat ni. ayah pun sekali lagi pecut. tapi sampai umah dalam 7.15. panggil jiran sebelah sbb nak mintak maaf tak sempat dtg. tapi tak berjawab la plak.
so masuk rumah ayah try to call them. after 2,3 times trying finally they picked up the phone and invited us to visit at night. erkk! mcm da penat betul ni tp bile lagi kan nak ziarah jiran. so after perform maghrib prayer we went to rumah kak ina and abg said. sebelah umah je. hehe... haziq dari dok baring trus bangun bile ckp nk g umah abg. hehe. and guess what?!! kak ina masak cheezy baked macaroni yg sgt sedap kegemaran sy (betul ke name tu). mmg rugi kalau tak datang siap bawak bekal balik lagi tu. thanks to kak ina.

dan akhirnya... haziq da penat. menyusu kejap trus tdo. alhamdulillah. lepas haziq tdo, walau penat+ngantuk tapi sempat gak teman abg tgk movie g.i joe ..hehe. at 12 kami tdo dengan nyenyak+tak sedar ape+haziq pun tak sedar+seb baik sempat subuh pkul 6.30..hhehe

walau penat tapi saya sgt suke sbb sy dapat makan dengan banyak dan dapat ikut abang bawak jalan2. ape ke pelik pe'el mengandung kali ni kan! dlu sy lagi suke dok umah dan berehat je.

Wednesday, September 30, 2009

selamat hari raya

selamat hari raya semua!!!
dah lame saya tak menulis sejak akhir2 ini
banyak boleh dikongsi tp mcm skill menulis tu dah takde

selesai ramadhan kite berhari raya pula
macamane amalam di bulan ramadhan??
mase ni la nak koreksi balik dan mula dengan azam baru utk ramadhan tahun depan
tu pun kalaulah Allah masih berkesempatan utk bertemu dengan ramdhan lagi

di bulan syawal ini lah juga peluang utk kita meneruskan segala amalan baiik yg diamalkn di sepanjang Ramadhan
boleh challence diri sendiri???
pasti boleh! cume perlu sedikit tekad dan kesabaran utk melakukannya

raya tahun ni pulak saya rasa mcm gila nak beraya rumah
gila nak ziarah rumah org
dan gila nak org dtg umah
gila x??? haha!!

jadi sesape yg nk wat open house tu jemputla kami ni..hehe
dan sesape yg nk dtg umah kami amat dialu2kan tp bitaula awal2
bole la mak buyong ni prepare nk masak ape
nak wat open house mcm x larat... hehe

so, apelagi :)

Monday, August 24, 2009

MENGAPA ANAK MEMBERONTAK

Bismillah wal hamdulillah. Lama tidak menulis. Dikelapangan waktu ini sempatlah saya mecoret sepatah dua kata untuk sahabat2 yang jarang sekali bersua muka.
Haziq sekarang da setahun 5 bulan. Perkembangan yang amat ketara yang kami nampak ialah dia semakin ketara menyatakan ketidakpuasan hatinya kalau apa yang dia nak tak dapat. Adakah ia satu reaksi yang normal bagi budak seusia haziq atau ini sudah lebih. Bila dia tak dapat apa yang dia nak dia akan:

1. Menangis sambil lembikkan badan dia dan lepas tu akan baring sambil meronta2.
ATAU

2. Membaling barang yang dia pegang sambil menjerit2 dengan sekuat hati. Nak tunjuk yang dia tak puas hati.

Penjaga die dekat nursery told me that one day he bite his friend because he couldn’t get the toys..huhu..and he gave two bites to her. But then si kawannya tu cakar die kat pipi. I guess it fair la kan. haha.

Tapi sebagai seorang ibu saya risau kalau perangai ni akan terbawa2 hingga ke besar. Mati la saya nak larang kalau esok2 dia start baling pinggan ke mangkuk ke plak kan. I read one article said that one way to treat child with this behavior is by show him/her your love. Maybe boleh gosok2 belakang die and told him that you love him because actually this child needs attention from parent. But then I don’t think it works with haziq because he is just one year old baby…huhu..any ideas???

Monday, July 20, 2009

his words

mari kite tgk ape yg haziq dah pandai sebut

1. mi (maksudnya ummi)
2. pah..pah..(maksudnya kipas)
3.duduk
4. ajik (panggil name sendiri)
5. acek(maksudnya sakit tp kadang2 konfius dgn ajik..huhu)
6.cejuk(maksudnya sejuk)
7. uppah (maksudnya bangun/berdiri)
8. abah (maksudnya die panggil tok abah dia..tapi kan hari tu die nampak lembu. mule2 dia panggil booh..booh tibe2 plak jadi abah..abah) erkkk..
9.jom (bila dia ajak nak kemana2 esp tandas utk basuh die punye berak :D)
10. bing (maksudnya ajak baring sbb die nak menyusu)
11.meme (maknenye nk susu ummi die)
12. cucu (maksudnya susu botol)

hmm..maknenye sekarang haziq dah master 12 words.
well done, my dear! muaaah

Monday, July 6, 2009

new updates

1. haziq nak dapat adik.

adik kepada haziq dah 2 bulan dalam kandungan tanpa saya menyedarinya. tiba2 rasa pening dan mual2 dan haziq pulak asyik buat perangai. nak duduk dekat ummi je. bile cek doktor, rupen2nye haziq nak dapat adik....
saya rasa sangat tak sehat buat masa ini. pening hampir setiap masa dan mual2 pada waktu tertentu.kalau ikut pengalaman, bila baby 4 bulan dalam perut barula sy selera makan. isy..isy...rasenye mcm lame je nak tgu 2 bulan lgi....

2.ummi dapat tempat keje baru

insyaAllah pada 17 ogos ini ummi akan memulakan kerja di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Semoga pilihan ini adalah yang terbaik utk keluarga saya.

3.haziq dah pandai banyak perkara. vocab dh bertambah. dia semakin aktif dan cerdik. kalau nak mintak apa2 dari ummi die akan panggil mi..mi..sambil tunjuk kat benda yg die nak. kalau kat ayah pun die tetap akan ckp mi..mi..mi. hehe. haziq dah pandai minum air dengan straw. dah boleh naik basikal tanpa pengayuh (tolak2 dgn kaki je). dah pandai main dengan kawan2 yang lebih berumur darinya. dan bile die tak dapat nak rebut barang, die akan gigt org yg berebut brg dengannya...(jaga2 tau!) huuhu

4. haziq jugak dah dapat sepupu baru. anak cik ngah yang bernama abdullah syahmi (mcm abdullah asuhaimi je kan..hehe). smlm baru balik dari johor utk menziarahi syahmi. besar dan sehat. smg menjadi anak soleh!

ckupla setakat ni..sbb ummi dah loya2..daaa!

Thursday, May 14, 2009

my big boy

haziq's growing up very well.
he now can walks ( eventhough like a robot..huhu)
but he manages to walk.
there's nothing can make a mother happy than observing his child's development.
he also starts to pronounce things even with baby talk.
he can called ummi and meme ( this means he wants breastfeed..huhu)
also pas..pas (for kipas)
but sometimes suddenly he said ayah when nobody asked him to do so.
but if u ask him to say ayah he definitely will just ignore you..haha
when he saw cat he will say eeeeeeee! (stands for cat)

Wednesday, May 6, 2009

Rindu pada kenangan

Untuk ketika ini, saya sedang membaca buku chicken soup for the teenage soul. saje2 je hendak memahami jiwa remaja memandangkan pelajar saya dalam usia remaja. Dan mungkin memberi kelebihan pada saya nanti untuk mendidik anak2 di usia remaja.
Namun, selepas sehelai demi sehelai kertas yang saya baca terasa diri saya sudah tua. Jauh sungguh dari usia remaja. Sudah punya anak dan keluarga sendiri. Sedikit demi sedikit terselinap rasa rindu pada kenangan di usia remaja saya dahulu. Terutamanya semasa zaman sekolah menengah.
Rutin yang sama. Bangun seawal 6 pagi. Terkocoh2 menyiapkan diri utk ke sekolah. Kalau lambat jawabnya akan ditinggalkan dek pakcik bas tanpa belas kasihan. Pulang dari sekolah tenggelam dengan timbunan kerja sekolah yang perlu disiapkan dengan kadar segera. Terasa hebat pula di zaman itu kerana boleh menguruskan semuanya sebegitu.
Kenangan dengan kawan2 sekolah aini, ainal, aliya, hani, hana', masyitah, ika, lina, hidayah dan ramai lagi. Begitu manis rasanya ukhuwwah itu. Namun kenangan2 itu sudah terasa jauh utk digapai lagi lantaran masing2 terlalu sibuk dengan urusan dan kehidupan masing2.
Bergaduh dan berbaik adalah perkara biasa bagi adik-beradik. Biasanya tak sampai separuh hari. Itulah istimewanya ikatan adik-beradik. Segalanya di lakukan bersama. Walhal membahagikan kerja rumah juga dilakukan bagi memudahkan kerja ummi. Namun semua itu jarang saya rasa. Kadang2 rindu utk berkumpul. Bangun dan tidur bersama. Memasak dan membasuh bersama. Tapi mustahil lagi utk diulang kenangan itu. Kerana kami yang sudah berkeluarga punya tanggungjawab lain. Untuk pulang menziarahi pun susah sekali lantaran kekangan kerja.waaaaaaa......
Dan sekarang...
Usiaku hampir mencecah 26 tahun jun ini. Sudah hampir 8 tahun aku meninggalkan sekolah. Hanya kenangan yang tinggal yang kekadang membuatku tersenyum sendirian. Sememangnya kenangan tidak boleh diulang namun boleh diabadikan dan ia akan mekar selamanya dalam ingatan.
Pengajaran buatku utk menghargai apa sahaja yang kita miliki pada ketika ini. Anak, suami, ummi abah juga adik2. Juga siapa sahaja yang hadir dalam hidup kita pada tika ini. Jiran2, rakan sekerja jua sesiapa sahaja yang menjadi kawan walau hanya seketika di jalanan.
Maka kawan2, hargailah hidup ini dan hargailah semua di sekeliling kita! Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya :)

Monday, April 27, 2009

sabar benar2 menguji


Dua malam berturut2 saya tak dapat tidur malam. Puncanya si kecik saya yang menangis tak henti2. Nak kata lapar, padahal sebelum tidur dah makan. Nak meyusu, bila disuakan ke mulut di tepisnya. Dan kalau tidak bernasib baik, digigitnya puting susu. Isy..isy...ayahnya dah azan dekat 7 kali tak mahu jugak berhenti menangis.

Saya benar2 buntu. Akhirnya dek kerana tak tertahan mengantuk, haziq tertidur diatas riba dengan punggungya ditepuk2. Alhamdulillah...buat seketika.

Lepas 2 jam die akan bangun dan menangis lagi. Puas dipujuk barulah mahu menyusu dan tidur.

Saya merasa sangat pelik. Anak saya bukan begini perangainya. Agaknya kenapa ye. Semasa die menangis, dia akan berhenti seketika dan menjerit2. Itu tandanya die marah. Tapi apa yang die marahkan dan apa yang cube Haziq beritahu.

Kadang2 dalam nak memujuk si haziq ni, sabar saya bagai dihujung tanduk. Paras nye dah takat leher. Sikit lagi mahu meletup bagai gunung berapi. Tapi sabar itu ditahan2. Terasa bodoh andai dimarahkan atau dipukul budak kecik yang tak mengerti itu. Pukulan dan marah juga merupakan salah satu proses mendidik anak. Tapi ia akan terdidik andainya si anak mengerti ia adalah satu hukuman atas kesilapan yang dilakukan.

Sebenarnya saya merupakan seorang yang panas baran. Namun selepas berkahwin, sedikit demi sedikit baran saya terdidik dan terkawal alhamdulillah. Tapi bila ada anak nie, sabar benar2 menguji saya. Dan sekali lagi saya melalui proses utk belajar mengawal diri, mengawal marah dan berdoplimasi juga berhikmah dalam mendidik anak. Kerana cita2 saya terlalu besar utk menjadikan haziq seorang al-hafiz yang menjadi kaderan dalam memperjuangkan agama Allah.

Dan bukankah melentur buluh itu dari rebungya?

Wednesday, April 15, 2009

low blood pressure

semalam sy demam
semalam sy selsema
semalam saya batuk sket2
semalam saya sakit2 sendi
dan semalam
sy dapat low blood pressure

sebab?
hypertension
workloads
less calcium

solution?
rilex
banyakkan sabar
minum susu
tukar keje??

ngeh ngeh

Friday, April 3, 2009

selamat hari jadi, sayang


Tarikh hari ini ialah 3 April 2009. Tepat pukul 12 tengahari nanti maka genaplah umur anak bujang kami, Raja Ahmad Haziq bin Raja Shahrul Nizam menjadi setahun.


Sebagai seorang ibu, perasaan saya bercampur-baur.


1) Ada rasa gembira kerana anak membesar dengan sihat dan banyak perkembangan yang positif dalam diri haziq. Haziq sudah pandai duduk dan sedang belajar untuk bertatih. Sudah pandai panggil uuuuuuummmi. Tu pun bile die nak susu je. Kalu tak die panggil eh.eh,eh. sambil tersengih2.


Perkembangan yang paling ketara ialah haziq dah boleh duduk dengan ayah dalam jangka masa yang lama dan haziq dah pandai baca buku dengan kosentrasi yang agak lama. Congrate, my dear!


Haziq juga tidak menangis lagi apabila ditinggalkan di nursery. Sebab dia sudah rase familiar dan selesa dengan persekitaran nursery juga dengan penjaganya. Haziq juga sudah kenal kawan2 sebayanya dan kakak2 yang rajin mengasuh nya. Senang hati ummi nak pegi kerja camni.


2) Dalam masa yang sama, ada juga rasa bangga dan puas hati. Sebabnya tak sangka dalam jangka masa setahun ini, kami mampu membesarkan anak kami dengan baik ( bagi kami). Walaupun haziq tidak diberikan kemewahan, tapi alhamdulillah kami masih mampu untuk menyediakan keperluan untuknya. Di awal kehadiran haziq dalam hidup kami, agak gentar untuk memegang amanah yang teramat berat ini. Mendidik anak sebaiknya. Tapi alhamdulillah banyak yang Allah mudahkan. Dalam kesusahan sentiasa ada kesenangan dalam cara yang tidak terduga. Harapnya kami mampu untuk terus mendidik Haziq, rohani dan jasmani dengan sebaiknya.


3) Ada juga terselit rasa sayu dan sedih. Terutamanya bila terkenangkan betapa susahnya hendak bersalin. Begitu lah susahnya ummi saya melahirkan saya dahulu. Sayu juga bila terkenangkan setianya abang di sebelah. Dari malam abg sampai . Hinggalah esoknya saya masih tidak melahirkan haziq....hinggalah ke hari ini. Abang masih tegar melayan kerenah kami berdua.. hehe..yang kadang2 tak terjangkau pe'elnya. Thank you so much, my dear. Teruslah setia dan bersabarlah atas segalanya. Ada ganjaran untukmu disisi yang Esa, insyaAllah.


Buat si kecil kami, SELAMAT HARI LAHIR SAYANG. MOGA DIRIMU MENJADI ANAK YANG SOLEH, PENGHAFAZ DAN PENGAMAL AL-QURAN YANG BAIK. SEMOGA DIRIMU DIHIASI DENGAN AKHLAK2 YANG MULIA. CERDIK DAN BIJAK INSYALLAH.

Wednesday, March 18, 2009

hidup untuk duit atau duit untuk hidup ???


kadangkala saya terfikir... seharian saya berkerja membanting tulang untuk apa?
adakah saya menjadi hamba duit atau duit itu untuk kelangsungan hidup sahaja.

Setiap bulan semenjak kami berpindah rumah, terasa sentiasa tidak kecukupannya. ada sahaja yang perlu dibayar. cukailah itula inilah. niat untuk menyimpan masih belum berkesempatan sejak 2 bulan terakhir ini.

adakah saya yang tak pandai menguruskan belanja? atau sememangnya gaji hanya ciput..huhu rasanya mungkin sebab yang kedua. jadi macamana mahu menjana ekonomi keluarga ya. minat di hati untuk berniaga dan bekerja sendiri. tapi tak tahu bagaimana untuk memulakan dan kata abang saya tiada bakat utk berniaga. dia lebih suka kalau saya terus menceburkan diri dalam bidang pendidikan.

namun gaji hanya ciput. semestinya tahun semakin bertambah seiring dengan keluarga saya akan bertambah kelak. anak bertambah maka keperluan bertambah. pampers akan menjadi 2 pek. susu pun begitu. hmm..pening juga memikirkannya. alhamdulillah kami sudah memiliki keperluan asas..tapi saya mahu menyimpan dengan banyaknya supaya hujung tahun nanti saya boleh pergi haji..waaaaaaaaaaaaaa!

rindu saya pada tanah suci begitu mendalam. setiap kali menonton rancangan ' jemputan umrah' di astro oasis saya akan menangis. sorok2 supaya abang tak nampak. dalam hati saya berkata, bilakah saya akan menjadi tetamu Allah? bilakah saya akn dijemput? atau adakah dosa2 saya yang menjadi penghalang dari saya dipilih? mahu saya sujud betul2 dihadapan kaa'bah. mahu saya merintih mengadu dan melahirkan rasa rindu dan kasih padaNya. mahu saya memberi perhatian hanya padaNya pada saat itu. aduhai...bilalah agaknye ye...

masa itu memang berharga

tatkala ini baru ummuhaziq berkelapangan untuk berceloteh setelah sekian lama mendiamkan diri. diam bukan bermakna tidak menziarahi blog2 shabat, cuma tidak berkesempatan untuk menulis tanda meninggalkan jejak. membaca lebih cepat dari menulis kan? he. disebabkan kekangan masa malah tanggungjawab melebihi masa 24 jam yang ada dan kadangkala kekontangan idea untuk menulis. malas untuk menyusun kata. sekarang ni pun hanya setengah jam diperuntukkan untuk menulis. sempat ke??? he..

semua orang diperuntukkan 24 jam. terpulang pada kita bagaimana untk mengoptimasikan masa yang diberi. saya pulak terasa sentiasa tidak kecukupan masa. seharian di ofis, sentiasa sibuk dengan kerja harian. prepare lecture, set soalan exam, membaca utk lebih informasi, consult student, urusan pentadbiran lagi malah urusan2 dengan manusia semestinya dan kadang2 segala urusan bodoh yang tak sepatutmya dibuat oleh pensyarah..huhu..nak menolak nanti dikata tak patuh pada bos buat kang menyusahkn diri sendiri..alahai...

kebiasaan pada pkul 5 ptg saya akan pulang ke rumah. cerita di rumah pun lebih kurang. sentiasa sibuk melayan si kecil. mungkin kerana anak yang ditinggalkan seharian di nursery menyebabkan si haziq tidak mahu berenggang dengan umminya. malah ayah hanya boleh menegur andai ummi ada disebelah. kalau tak menangis tak mahu diambil. aduhai, penat.

bila situasi begini berlaku, jangan kan kate pinggan tak berbasuh, baju tak berlipat, malah nak solat pun kadangkala tempat sujud saya adalah haziq lantaran mahu duduk sesejadah dengan ummi. itulah perihal anak bujang saya. syukur suami banyak membantu. sekurang2 nya ada yang sudi menyidai kain dan menguruskan urusan selebihnya.

amalan utk menambah pahala pula?? bagai jatuh meruncing. lepas solat si kecil terus mahu menyusu lantaran ditinggalkan semasa sembahyang. tanda protes dan mahukan perhatian barangkali. semakin malam badan kepenatan. dan esok bermula hari yang baru bersama rutin yang sama. andai saya mati sesaat selepas ini, saya sendiri tak pasti apakah saki baki amalan yang mahu dipersembahkan kepada KEKASIH saya.

6 minutes left after finished writing :D