Tarikh hari ini ialah 3 April 2009. Tepat pukul 12 tengahari nanti maka genaplah umur anak bujang kami, Raja Ahmad Haziq bin Raja Shahrul Nizam menjadi setahun.
Sebagai seorang ibu, perasaan saya bercampur-baur.
1) Ada rasa gembira kerana anak membesar dengan sihat dan banyak perkembangan yang positif dalam diri haziq. Haziq sudah pandai duduk dan sedang belajar untuk bertatih. Sudah pandai panggil uuuuuuummmi. Tu pun bile die nak susu je. Kalu tak die panggil eh.eh,eh. sambil tersengih2.
Perkembangan yang paling ketara ialah haziq dah boleh duduk dengan ayah dalam jangka masa yang lama dan haziq dah pandai baca buku dengan kosentrasi yang agak lama. Congrate, my dear!
Haziq juga tidak menangis lagi apabila ditinggalkan di nursery. Sebab dia sudah rase familiar dan selesa dengan persekitaran nursery juga dengan penjaganya. Haziq juga sudah kenal kawan2 sebayanya dan kakak2 yang rajin mengasuh nya. Senang hati ummi nak pegi kerja camni.
2) Dalam masa yang sama, ada juga rasa bangga dan puas hati. Sebabnya tak sangka dalam jangka masa setahun ini, kami mampu membesarkan anak kami dengan baik ( bagi kami). Walaupun haziq tidak diberikan kemewahan, tapi alhamdulillah kami masih mampu untuk menyediakan keperluan untuknya. Di awal kehadiran haziq dalam hidup kami, agak gentar untuk memegang amanah yang teramat berat ini. Mendidik anak sebaiknya. Tapi alhamdulillah banyak yang Allah mudahkan. Dalam kesusahan sentiasa ada kesenangan dalam cara yang tidak terduga. Harapnya kami mampu untuk terus mendidik Haziq, rohani dan jasmani dengan sebaiknya.
3) Ada juga terselit rasa sayu dan sedih. Terutamanya bila terkenangkan betapa susahnya hendak bersalin. Begitu lah susahnya ummi saya melahirkan saya dahulu. Sayu juga bila terkenangkan setianya abang di sebelah. Dari malam abg sampai . Hinggalah esoknya saya masih tidak melahirkan haziq....hinggalah ke hari ini. Abang masih tegar melayan kerenah kami berdua.. hehe..yang kadang2 tak terjangkau pe'elnya. Thank you so much, my dear. Teruslah setia dan bersabarlah atas segalanya. Ada ganjaran untukmu disisi yang Esa, insyaAllah.
Buat si kecil kami, SELAMAT HARI LAHIR SAYANG. MOGA DIRIMU MENJADI ANAK YANG SOLEH, PENGHAFAZ DAN PENGAMAL AL-QURAN YANG BAIK. SEMOGA DIRIMU DIHIASI DENGAN AKHLAK2 YANG MULIA. CERDIK DAN BIJAK INSYALLAH.
6 comments:
semoga haziq jadi anak yang baik dn kanak2 yang tak menggilai mainan..pokai ummi ayah die .. tunggu ye hadiah dr cik ngah ayah ngah dn baby syahmi.. bila la dpt jumpa haziq ni
ehhe..baby da tuka name eh...da x jadi haikal ke...he..bukan saje haziq. umminye pun x saba nk tgu. muahaha..mu bersalin kot baru jumpe..hehe
oit. syahmi ko.. huhuh.. nnt cik kakak bg topi pakai tau. x tahula muat ko tidak. kpala besar mcm abe long. hahah
weih. kepala besar sbb dio tu haziq=cerdik. muahaha.(aku report ko belong nanti..huhu)
ngee.semua suka haziq da besar.ngee.haziq,kamu jadi budak baik tau.hoho.(beritahukan kat haziq.haha.dia faham ke?ngee.)
tq mr.fobia. mestila suke. sbb da x payah didukung lagi.muahaha. haziq angguk je. paham le tu kot
Post a Comment