Irdina Sewing Art

Wednesday, May 6, 2009

Rindu pada kenangan

Untuk ketika ini, saya sedang membaca buku chicken soup for the teenage soul. saje2 je hendak memahami jiwa remaja memandangkan pelajar saya dalam usia remaja. Dan mungkin memberi kelebihan pada saya nanti untuk mendidik anak2 di usia remaja.
Namun, selepas sehelai demi sehelai kertas yang saya baca terasa diri saya sudah tua. Jauh sungguh dari usia remaja. Sudah punya anak dan keluarga sendiri. Sedikit demi sedikit terselinap rasa rindu pada kenangan di usia remaja saya dahulu. Terutamanya semasa zaman sekolah menengah.
Rutin yang sama. Bangun seawal 6 pagi. Terkocoh2 menyiapkan diri utk ke sekolah. Kalau lambat jawabnya akan ditinggalkan dek pakcik bas tanpa belas kasihan. Pulang dari sekolah tenggelam dengan timbunan kerja sekolah yang perlu disiapkan dengan kadar segera. Terasa hebat pula di zaman itu kerana boleh menguruskan semuanya sebegitu.
Kenangan dengan kawan2 sekolah aini, ainal, aliya, hani, hana', masyitah, ika, lina, hidayah dan ramai lagi. Begitu manis rasanya ukhuwwah itu. Namun kenangan2 itu sudah terasa jauh utk digapai lagi lantaran masing2 terlalu sibuk dengan urusan dan kehidupan masing2.
Bergaduh dan berbaik adalah perkara biasa bagi adik-beradik. Biasanya tak sampai separuh hari. Itulah istimewanya ikatan adik-beradik. Segalanya di lakukan bersama. Walhal membahagikan kerja rumah juga dilakukan bagi memudahkan kerja ummi. Namun semua itu jarang saya rasa. Kadang2 rindu utk berkumpul. Bangun dan tidur bersama. Memasak dan membasuh bersama. Tapi mustahil lagi utk diulang kenangan itu. Kerana kami yang sudah berkeluarga punya tanggungjawab lain. Untuk pulang menziarahi pun susah sekali lantaran kekangan kerja.waaaaaaa......
Dan sekarang...
Usiaku hampir mencecah 26 tahun jun ini. Sudah hampir 8 tahun aku meninggalkan sekolah. Hanya kenangan yang tinggal yang kekadang membuatku tersenyum sendirian. Sememangnya kenangan tidak boleh diulang namun boleh diabadikan dan ia akan mekar selamanya dalam ingatan.
Pengajaran buatku utk menghargai apa sahaja yang kita miliki pada ketika ini. Anak, suami, ummi abah juga adik2. Juga siapa sahaja yang hadir dalam hidup kita pada tika ini. Jiran2, rakan sekerja jua sesiapa sahaja yang menjadi kawan walau hanya seketika di jalanan.
Maka kawan2, hargailah hidup ini dan hargailah semua di sekeliling kita! Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya :)

3 comments:

sepenuhjiwe said...

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya :)

Unknown said...

tibatiba rasa rindu kat zaman sekolah.macam tak nak besarbesar.wahaa.

@xi said...

kita sama2 dah tua..heheh