Irdina Sewing Art

Tuesday, February 26, 2008

PELAHIRAN DAN KELAHIRAN

Apakah yang dimaksudkan pelahiran? Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, berlaku beberapa perubahan baru yang menandakan kelahiran yang bakal anda hadapi. Sebagai contoh, anda dapat merasakan bayi berada lebih bawah di bahagian abdomen dan orang mungkin menegur yang bayi anda telah "menurun". Keadaan ini dikenali sebagai "keringanan" dan ia bermaksud bahawa kepala bayi telah masuk ke bahagian bertulang di pelvis anda. Kadangkala ia berlaku dengan cepat dan anda akan mendapati secara tiba-tiba lebih mudah untuk bernafas. Kadangkala proses "keringanan" tidak akan berlaku sehinggalah selepas proses pelahiran bermula.

Pelahiran atau "labour" bermaksud kerja. Pada masa ini, anda perlu bekerja keras untuk menolak bayi keluar dari rahim anda ke dunia. Ia mungkin merupakan salah satu usaha paling sukar yang pernah anda lakukan. Pangkal rahim yang terbentuk daripada tisu padat, berbentuk seperti "doughnut" kecil dan berlubang di tengah-tengahnya, telah menutup sepanjang kehamilan. Kini ia perlu meregang cukup luas supaya bayi dapat melaluinya. Rahim akan mengecut dan memaksa pangkal rahim membuka lebih lebar, sedikit demi sedikit selama beberapa jam. Pengalaman pengecutan rahim adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Sesetengah wanita mengumpamakannya seperti ombak yang semakin membesar dan membesar sehingga mencapai puncaknya sebelum menyusut semula.

Kelahiran Palsu
Pengecutan rahim di peringkat akhir kehamilan adalah satu perkara yang normal. Ia dikenali sebagai "pelahiran palsu" kerana ia tidak membuka pangkal rahim seperti yang berlaku dalam pelahiran sebenar. Di sini disenaraikan tanda-tanda yang dapat membantu anda membezakan antara pelahiran palsu dan pelahiran sebenar:
• Pengecutan pelahiran palsu selalunya tidak kerap berlaku.
• Pengecutan pelahiran palsu selalunya akan hilang apabila anda berjalan-jalan manakala dalam pelahiran sebenar, pengecutannya dirasai semakin kuat.
• Pengecutan dalam pelahiran sebenar akan menjadi lebih kuat dan semakin rapat di antara satu sama lain.

Pada akhir kehamilan, bahagian bawah abdomen anda mungkin terasa tegang atau sesekali berlaku pengecutan rahim. Pengecutan ini akan hilang apabila anda berjalan-jalan atau mempraktikkan teknik pernafasan. Jika ia tidak hilang, hubungilah doktor segera.

Apakah tanda-tanda pelahiran yang biasa?
Permulaan proses pelahiran bagi seseorang adalah suatu fenomena yang khusus. Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tahap pertama pelahiran dan menyalah anggapnya sebagai kembung, pedih ulu hati, sakit belakang, atau ketidakhadaman. Terdapat tiga tanda bermulanya pelahiran. Ia tidak semestinya berlaku mengikut turutan bagi setiap kehamilan.

• Pengecutan yang tetap, dimana ia biasanya bermula di bahagian bawah belakang dan kemudian bergerak ke hadapan abdomen anda. Pengecutan berlaku kerana rahim anda menegang dan berehat untuk membantu membuka pangkal rahim dan menolak bayi keluar menerusi saluran kelahiran. Di peringkat awal pelahiran, anda akan merasa seperti sakit ketika haid. Sesetengah wanita hanya mengalami pengecutan abdomen atau sakit belakang sahaja. Pengecutan pelahiran yang sebenar berlaku secara tetap. Ia biasanya bermula dengan selang masa selama 15-20 minit di antara satu pengecutan dengan yang lain dan berakhir selama 30-45 saat. Semakin lanjut proses pelahiran, pengecutan menjadi semakin kerap dan lebih lama, iaitu lebih kurang 60 saat. Rasa sakit pula tidak akan hilang walaupun anda berjalan-jalan atau berbaring.

• Kesan/tanda merah jambu atau 'gumpalan' lendir
Semasa bayi menolak ke arah pangkal rahim atau leher rahim, pangkal rahim akan membuka dan tanda berwarna merah jambu atau 'gumpalan' lendir akan terkeluar. Biasanya ia mengandungi sedikit darah.

• Pancutan atau lelehan dari rahim
Lelehan air dari rahim menunjukkan pemecahan selaput atau "kantung air" yang mengelilingi bayi semasa kehamilan. Ia tidak akan menyebabkan rasa sakit; hanya seperti aliran air yang hangat. Anda boleh kehilangan lebih kurang satu kuart air, tetapi biasanya ia bergantung kepada bahagian mana di kantung yang pecah. Anda boleh kehilangan air ini secara berterusan kerana tubuh anda menghasilkannya secara berterusan. Kadangkala 'kantung air' ini akan pecah di awal proses pelahiran dan kadangkala ia berlaku di akhir peringkat pertama pelahiran.

Hubungi doktor anda dengan segera apabila selaput atau 'kantung air' mula pecah atau apabila pengecutan menjadi tetap dengan selang masa 15 minit. Untuk anak pertama, doktor mungkin memberitahu anda supaya datang ke hospital apabila selang masa pengecutan rahim adalah 5 minit. Jangan risau jika anda terlewat. Peringkat pertama pelahiran biasanya mengambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk bayi yang pertama. Secara amnya, jika anda telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, tempoh proses pelahiran akan lebih pendek dari kelahiran yang pertama dahulu.

Peringkat pelahiran

Pelahiran boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Semasa peringkat pertama, pangkal rahim akan membuka seluas yang mungkin untuk membolehkan bayi melaluinya. Peringkat kedua pula bermula apabila anda menolak bayi keluar daripada rahim ke dalam saluran kelahiran dan ia berakhir apabila bayi dilahirkan. Peringkat ketiga ialah apabila uri (selepas kelahiran) dikeluarkan. Keseluruhan proses pelahiran ini mengambil masa selama 12-14 jam untuk bayi yang pertama dan lebih kurang 7 jam untuk kelahiran bayi yang seterusnya

Peringkat Pertama:
Semasa peringkat pertama pelahiran, anda akan kerap diperiksa untuk mengetahui perkembangan bukaan pangkal rahim. Ini dilakukan melalui pemeriksaan faraj. Doktor akan mengukur bukaan pangkal rahim di dalam ukuran sentimeter. Apabila pangkal rahim membuka pada tahap maksimum iaitu 9 -10 sentimeter, bukaan adalah cukup besar untuk bayi melaluinya. Peringkat pertama pula boleh dibahagikan kepada pelahiran awal dan pelahiran aktif:

1. Pelahiran Awal:
Semasa proses pelahiran awal, pangkal rahim akan mengembang dari 0 hingga 3 sentimeter. Inilah ketikanya anda mengalami tanda-tanda awal kelahiran seperti kesan lendir bercampur darah, kantung air (ketuban) memecah, dan corak pengecutan yang stabil. Semasa pelahiran awal, anda akan mengalami pengecutan selama lebih kurang 30-60 saat, setiap 5 - 20 minit sekali. Pengecutan ini mungkin bermula seperti Braxton-Hicks yang telah anda alami beberapa ketika ini, dan ia biasanya seperti ombak yang kecil.

Apabila pengecutan anda berlaku setiap 5 minit untuk selama 1 jam, ia merupakan masa yang sesuai untuk menghubungi doktor anda. Melainkan beliau mencadangkan sebaliknya, atau air ketuban telah pecah, mungkin terlalu awal untuk anda pergi ke hospital. Biasanya peringkat ini mengambil masa yang agak panjang bagi kehamilan yang pertama; berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan masa yang betul-betul sesuai untuk pergi ke hospital, dengan mengambil kira jarak dan kesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku. Perasaan anda pada saat ini mungkin bertukar-tukar dari gembira kepada takut, dan mungkin juga merasa lega.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk merekodkan pengecutan anda; dari bermulanya satu pengecutan ke pengecutan yang berikutnya. Cuba bertenang. Walaupun anda terasa ingin mengemas seluruh rumah, cuba atasinya kerana anda memerlukan sepenuh tenaga untuk proses pelahiran. Jika di waktu malam, cuba tidur semula. Hubungi pasangan, jurulatih, atau sesiapa yang anda inginkan sebagai teman di hospital dan maklumkan apa yang sedang berlaku. Lebih baik sekiranya anda makan sajian yang ringan dalam kuantiti sedikit dan mengelakkan makanan berat bermula dari saat ini supaya saluran penghadaman anda tidak penuh dengan mekanan yang mungkin akan mengganggu proses pelahiran.

Periksa semula beg kelengkapan bersalin anda untuk memastikan anda segala yang diperlukan telah ada dan untuk menambah keperluan lain seperti snek dan minuman. Mula amalkan teknik berehat yang anda pelajari, dengan menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan.

2. Kelahiran Aktif:
Pada peringkat ini, bukaan pangkal rahim mungkin telah berkembang sehingga 4-6 sentimeter. Anda akan mengalami pengecutan yang lebih lama, kuat, dan lebih kerap. Ia akan bermula dari selang masa 1-3 minit, selama lebih kurang 60-75 saat. Walaupun lebih kurang sama seperti pengecutan pada pelahiran awal, ia akan menjadi semakin kuat dan sakit dengan cepat. Jururawat atau bidan mungkin akan bersama anda sepanjang proses ini. Bapa kepada bayi atau orang yang menemani anda dibenarkan menemani anda di dalam bilik bersalin jika dipersetujui oleh anda dan pihak hospital. Tumpukan perhatian untuk berehat seberapa banyak yang boleh. Semakin anda relaks, semakin kurang anda merencat pengecutan yang berlaku yang sedang bekerja keras untuk mengembangkan dan menipiskan bahagian pangkal rahim. Berjalan-jalan dan duduk dapat membantu anda.

Elakkan dari berbaring terlentang terlalu lama. Jika anda perlu berada di atas katil, pastikan anda selalu mengalihkan posisi. Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam-dalam seberapa lama yang boleh untuk menolong merehatkan anda. Untuk memastikan bayi berada dalam keadaan yang baik semasa proses pelahiran, doktor atau jururawat akan memeriksa denyutan jantung bayi, sama ada dengan menggunakan stetoskop atau dengan melalui pemantauan janin secara elektronik menerusi wayar yang di pasang di abdomen anda. Semasa pelahiran, proses pengecutan akan menyebabkan anda berasa tidak selesa. Anda boleh meminta ubat untuk meredakan kesakitan ini. Doktor akan memberi ubat yang paling sesuai di samping mengambil kira keadaan anda dan bayi di dalam kandungan. Analgesik merupakan ubat yang melegakan kesakitan dan pengecutan melalui suntikan.

Peringkat Kedua:
Apabila pangkal rahim telah membuka dengan cukup besar, kepala bayi akan mula melaluinya. Jika air ketuban masih belum pecah, ia akan menyebabkan pancutan cecair dari faraj. Pada peringkat ini, bayi akan ditolak melalui pangkal rahim yang terbuka, menerusi faraj dan dilahirkan. Peringkat ini lebih singkat dari peringkat pertama, iaitu 1.5 jam untuk bayi pertama dan 30 minit atau kurang bagi anak yang seterusnya. Pengecutan ketika ini adalah dalam selang masa 2-3 minit dan berlanjutan selama 1 minit.

Semasa bayi bergerak, sedikit demi sedikit melalui saluran kelahiran, ia akan mengenakan tekanan di rektum dan menyebabkan anda seperti hendak meneran najis. Doktor dan jururawat mungkin akan meminta anda melakukan teknik pernafasan yang khusus semasa meneran. Meneran selalunya akan melegakan sedikit ketidakselesaan dan memendekkan proses pelahiran.

Namun adalah penting untuk tidak mula meneran sehinggalah doktor mengarahkan anda untuk melakukannya. Peringkat ini akan berlanjutan sehinggalah bayi dilahirkan dan mungkin mengambil masa selama 10 minit hingga 2 jam lamanya. Anda hendaklah berada dalam kedudukan meneran yang paling selesa dan efektif. Gunakan sepenuh tenaga untuk meneran dan rehat seketika di antara proses meneran itu. Ikut arahan doktor dan jururawat. Jika perlu, episiotomi mungkin dilakukan. Di akhir peringkat ini, bayi anda akan dilahirkan.

Pada peringkat ketiga pelahiran, uri dan membran akan dikeluarkan melalui bukaan faraj. Ia biasanya berlaku dalam masa 5-30 minit selepas bayi dilahirkan.

SUMBER : http://www.infosihat.gov.my

Friday, February 15, 2008

sejuknye hati

Pagi ni aku mencari2 alunan ayat AlQuran utk menjadi halwa telinga anakku. Dan ana terjumpe bacaan adik Ahmad Saud dari Bosnia ni. Sejuknye hati bile mendengar adik ni mengalunkan ayat suci AlQuran. Bacaan dengan penuh penghayatan. Doaku semoga anak2ku nanti bakal mencontohi anak ini. Semoga anak2 kami bakal menjadi huffaz alQuran dan mengamalkan isinya dengan sepenuhnye.....amin yarabbal 'alamin. So I embedded this video to be shared with you all.

Tuesday, February 12, 2008

menyampah betul!!!

semalam aku bawak abang gi klinik sebab abg demam.sebenarnye abg stat demam malam sabtu. ahad pagi kami bertolak ke kl dari kluang. dari 11.30 travel akhirnye kami sampai ke rumah pukul 11 malam. lame kan. musim2 raye ni jalan jem teruk. padahal bukannye ade ape pun....jadi kami tak sempatla nk ke klinik.

so, pagi isnin tu pas breakfast aku bawakla abg g klinik. masuk2 je aku tgk muke doktor tu semacam je. die macam senyum2 sinins. bile da duduk die tanye la sakit ape. abg citela sakit pale, seseme, sakit badan, bla bla bla... pas2 aku cakapla doc, tlg tengokkn tonsil die skali...pastu tau die ckp ape....SAYA TAK STAT CEK PUN LAGI. SAYE TAK BOLE NAK BUAT BANYAK KEJE DALAM SATU MASA...uh! menyirap darah aku. trase panas kat muke. bengang betul. rase macam time tu jugak aku nak ajak abg balik. pas2 lepas cek2 die kate bole keje kan...eh, tlgla. kalau da org tu macam tu cemane nk g keje. kalu stakat nk amek ubat, aku bole beli kat farmasi je la! abg pun jwb x bole. die pun start bersyarah..MONDAY IS NOT A GOOD DAY TO TAKE MC...WE HAVE TO BE MORE PRODUCTIVE..AND BLA BLA BLA. mase tu aku rase macam nk bangun sepak je muke die !

tapi berbekalkan ape yg aku blaja sabar tu separuh dari iman dan aku tegk abg pun rilek je.. aku pun senyap je tanpe berkelip pun aku tenung muke doktor tu...abg bukan jenis yang slalu demam tapi bile die start demam die akan demam teruk sbb die punye tonsil bengkak. dan abg bukan nk amek mc sebab die saje2 nak rehat tap MMG DIE PERLUKAN REHAT! aku bini die aku tahula mcamane panasnye badan die malam ahad tu dan kami same2 tak leh tdo sbb abg x selesa nak tido...aku tahu yang doktor ade tanggungjawab sosial tapi tengokla pada tempat dan keadaan dan org yang btul kalu nak sembur pun...bayangkan ape perasaan korang yang tgh sakit pale dan x slese dgn seseme tibe2 jumpe doktor dan doktor dengan kurang ajarnye cakap macam tu!!!

aku tahu ramai lagi doktor yang baik2 tapi sekali aku jumpe yg macam ni aku rase macam menyampah je kat doktor yg macam tu!!! dalam kete aku mara2 dan abg tlg redakan...last skali aku cakap kat abg....SAMPAI BILE2 KITE TAK YAH JUMPE DOKTOR NI LAGI!..kalau aku gi klinik india kat depan umah aku tu kan, die layan punyela baik. siap offer 2 ari mc lagi kat aku...tapi dengan doktor melayu dan islam.......huh!

Wednesday, February 6, 2008

ku menghitung hari

ummi is 30 weeks and 3 days pregnant..


hmmm..maknenye ade lagi lebih kurang 10 weeks to go. kekadang tu aku rase macam tak sabar je nak jumpe baby yang sekian lame ku kandung ni...selame ni dapat rasa tindak balas die je.macamane rupe anak ummi ni ye... :)

tapi kadang2 tu aku rase macam seram je nak bersalin. aku banyak tanye kawan2 yang da berpengalaman.macam2 feedback aku dapat...tapi ape yang aku boleh simpulkan ialah...SAKIT BERSALIN TU HANYA ALLAH JE YANG TAHU !!! maksudnye sakit tu tak terkira seksanye...tambah lagi kalau dengar proses2 nak keluar baby tu...huh! mahu tercabut kepala lutut aku mendengarnye...tapi kan di akhir cerita2 dari kawan2, mesti derang ckp camni...TAKPE. ANAK SULUNG NI KITE TAK TAHU SAKIT MCAMANE...erkkkk...lagi seram kan bile denga camtu....

tapi kan orang pompuan ni Allah kurniakan rase kasih sayang nye lebih dari ngerinye sakit besalin..kawan2 aku yang anak baru 3,4 bulan da preggy lagi...hihi...agaknye itulah nikmatnye besalin kan? macam ummi aku... sembilan kali die besalin normal..tak penah aku denga cakap serik...hilang susah payah besalin bile dapat tengok muke baby tu..mengalir kasih sayang dalam diri...

setiap kali pas solat mesti aku doa...YA ALLAH!PERMUDAHKANLAH AKU UTK MELAHIRKAN ANAKKU INI. HANYA KEPADAMU TEMPAT AKU BERGANTUNG...aku harap sangat aku mudah bersalin...harap sangat korang pun doakan sekali yek......

Tuesday, January 22, 2008

aku kembali menulis

Aku kembali menulis. setelah sekian lame aku tinggalkan blog ni jadi asam jeruk.akhirnye terdetik utk jari jemariku kembali menari di papan kekunci ni....tu pun lepas kak saliha tanye nape x update blog??hehe. soalan cepu emas 2


Pada saat ini umurku telah menjangkau 24 tahun 7 bulan. sudah hampir ke 25 tahun. terasa seperti baru sekejap tadi aku menjadi seorang isteri...terasa seperti baru sekejap tadi dahiku dicium oleh suamiku setelah ijab kabul dilafazkan.....


dan kini aku sedang mengandungkan anak sulung kami selame genap tujuh bulan lamenye...
terasa tanggungjawab sebagai ibu...besar sebenarnye tanggungjawab itu...mungkin sahabat lain yang dah memiliki anak boleh berkongsi pengalaman. Tapi ape yang tedetik di hatiku ialah 'adakah aku mampu mendidik ana ini sesempurna ummi dan abah mendidik kani?' Perkahwinan bukan sekadar memenuhi impian berteman tetapi lebih dari itu ialah untuk membina sebuah keluarga generasi alquran. Mampukah aku? Layakkah aku mengkaderkan anak2 pejuang agama Allah? Trase macam ade suatu suare kat cuping telinga ni berkata..'oi farhana! kau jangan banyak cakapla.kau try la wat dulu. baru kau tahu mampu ke tak'

hmmm...betul gak 2. ape yg aku dapat simpulkan kat sini ialah proses pentarbiyahan diri harus selari dengan pentarbiyahan keluarga. tak kemana kalau nak tunggu diri sempurna. sampai bile? sampai mati pun bole jamin ke. binalah kekuatan diri. berdampinglah dengan Allah melalui doa dan amalan. Allah sentiasa akan bersama org yg memerlukan-Nya..Pertingkatkan amalan dan sentiasalah muhasabah diri. Berkongsi impian dan harapan dengan org tersayang dan realisasikanlah impian itu bersama2...motivasi utk diri sendiri..hehe.korang jgn la gelak :)

Wednesday, July 25, 2007

tukar blog

assalamu'alaykum

kepada semua pembaca setia.
mulai hari ini, semua jubah terbaru diiklankan di :

http://busana-shahhana.blogspot.com

harap maklum.terima kasih

Saturday, June 16, 2007

jubah lagi..

PATTERN BARU!!!!

HARGA : RM 90

PATTERN J01


WARNA : UNGU DAN KRIM SAIZ: 42



WARNA : COKLAT DAN KRIM SAIZ : 46

Friday, June 15, 2007

jubah..oh..jubah

BERMINAT UNTUK MEMBELI JUBAH DENGAN HARGA YANG MURAH ???!!!

HANYA DENGAN RM70 ANDA MAMPU MEMILIKINYA.....



Berikut adalah senarai jubah2 yang kami jual.Saiz yang tertera beserta gambar adalah saiz yang berada di dalam simpanan kami.

Anda boleh menempah saiz yang dikehendaki.

Berikut adalah keterangan saiz.

saiz 42 = s
saiz 44=m
saiz 46=l
saiz 48=xl

Berminat untuk membeli secara borong????Ingin berniaga???
Jangan risau.harga boleh dirunding.

Sekiranya berminat untuk membeli.Jangan tunggu lagi untuk menghubungi kami :

Farhana (019-2028682)
farhana1983@yahoo.com
ym id : farhana1983

Shahrul (019-2028685)
shahrulnizam25@yahoo.com
ym id : shahrul6s

PATTERN A



WARNA :COKLAT SAIZ :46




WARNA : UNGU SAIZ : 44



WARNA : COKLAT TANAH SAIZ 40


PATTERN B



WARNA : COKLAT PEKAT SAIZ :46



WARNA : UNGU SAIZ : 40



WARNA : HIJAU MUDA SAIZ :42

PATTERN C



WARNA : COKLAT PEKAT SAIZ :46



WARNA : HIJAU TUA SAIZ :44


WARNA:UNGU SAIZ : 48

PATTERN D



WARNA : COKLAT TANAH SAIZ :46


WARNA : COKLAT GELAP SAIZ SIMPANAN :44

PATTERN E


WARNA: BIRU KEHIJAUAN SAIZ : 40


WARNA: HIJAU TUA SAIZ :44
PATTERN F



WARNA : BIRU GELAP SAIZ :44


WARNA : COKLAT TANAH SAIZ : 42


WARNA : BIRU KEHIJAUAN SAIZ :42

Friday, April 20, 2007

JADIKANLAH KERUGIAN ITU SATU KEUNTUNGAN...

Jangan berputus asa jika kakimu terantuk
dan anda terjatuh ke dalam lubang yang dalam.
Kelak anda akan keluar darinya dengan kekuatan
dan daya tahan yang lebih dari sebelumnya...

Jangan terkejut lalu bersedih kerana orang yang rapat dengan anda
tiba2 menghunjamkan anak panah ke tubuh anda....
Kerana nanti akan ada orang lain yang akan mencabut anak panah tersebut,
merawat lukamu dan mengembalikan kehidupan dan senyuman anda...

Carilah dimana tempat burung2 berkicau,
Kerana biasanya ia berada di ufuk timur bersama sinar mentari di setiap pagi..

Jangan terlalu memikirkan kertas2 usang yang telah berubah warnanya,
membingungkan huruf2nya dan kabur tulisannya.
Anda akan menyedari bahawa tulisan ini bukanlah tulisan yang terbaik
yang pernah anda tulis ..
Dan kertas itu bukan kertas terakhir yang anda tulis.

Jangan menjadi raja yang murung dan sedih.
Tetapi jadilah seperti burung yang mengagumkan,
tetap mendendangkan kicauannya yang terindah
meskipun kakinya terluka....

...INGATLAH ALLAH DIKALA SUKA...
..DAN ALLAH AKAN MENGINGATIMU DIKALA DUKA...


-Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni
"Motivasi menjadi Wanita Paling Bahagia"

Wednesday, April 18, 2007

erti syukur dan redha

hari ni dah 5 hari aku bekerja. alhamdulillah... :)
pada mulenye aku berat untuk mula bekerja.aku masih ade satu sem untuk siapkan projek II. dan aku masih ada satu paper utk final exam.aku gak kene betulkan tesis.
tp bile aku dapat tawaran utk kerje, aku betul2 bertawakkal utk bekerja sambil belajar.memang aku risau kalau tak siap projek dan tak sempat baca buku...........
tp macam aku ckap tadi,mmg aku betul2 bertawakkal kepada Allah taala.sebabnye aku rase macam da tibe masenye utk aku berdikari, cari duit dan seterusnye belajar untuk membahagikan mase yg aku ada sebaiknye...aku tgk ayah su ( pakcik aku) yg ade 4 anak tp leh gak sambung master walaupun bekerja. mmg la setiap org lain2 tp tak salah kalau kite belajar dari org lain dan cube utk memberikan yang terbaik. tp aku ni tak le la cakap je berabuk tp keje tak wat2. tawakkal tu tawakkal gak tp usaha kenela seiring. ye dak? heheh....
kadang2 aku ni suke tengok rezeki orang.pastu mule la rase diri ni kurang. nak jadi macam org 2 la.nak jadi macam orang ni la.tp aku lupe untuk bersyukur atas ape yang aku ada. memang macam tu la kejadian manusia kan. aku lupe nikmat dan kelebihan yang aku miliki.

aku miliki keluarga yang bahagia bersama suami tercinta...
aku miliki suami yg begitu memahami diriku,sentiasa menyayangiku dan tak pernah berkasar denganku...
aku miliki ummi abah dan adik2 yg menyayangi diriku walau tak ditunjukkan sayangnye..hehe
aku miliki rumah dan kenderaan yg membolehkan aku berteduh dan bergerak...
aku miliki peluang untuk sambung master sedangkan ramai kawan2 aku yg berhajat nk sambung master gak..
aku miliki pekerjaan yg selesa walaupun kontrak sedangkan kawan2 yg lain pening2 wat coding...kene maki..kene mara ngan bos
aku miliki supervisor projek yg baik , tak penah mara walau aku malas2 je nk wat projek...huhu
aku miliki bos yg lembut je tuturkatenye, tak penah die tinggi suare....

aku miliki itu dan ini tapi hati aku buta untuk merasai ape yg ku miliki...
aku terlalu sombong untuk bersyukur..
aku terlalu tamak untuk memiliki ape yg aku tiada sedangkan banyak lagi yang telah aku miliki..

dan aku terkadang lupe yang aku ade Allah yang sentiasa menunggu untuk aku mengadu, merintih, merayu , merindu dan menyintaiNya...mengucapkan rase syukur dan sabar atas ujianNya....

aku baru belajar ape itu SYUKUR dan ape itu REDHA. walau dari tadika aku kenal dengan perkataan ini...terasa kecil diriku untuk menerima semua nikmat yg dikurniakan dariNya...

..........terangkanlah hatiku.....lembutkanlah hatiku...moga hidup dan matiku dalam redhaMU......

Monday, April 9, 2007

gambo kawen


since ramai yg mintak tgk gamba kawen aku, rasenye lg mudah kalo aku upload kat blog...hehe
penat nk mengeshare photo kat ym....hehe
nila gamba kawen aku 4 bulan yg lepas...
25 november 2006 :nikah (baju putih)
26 november 2006 :kenduri kat johor (baju biru)
2 disember 2006 :kenduri kat perak-belah suami (baju ijau)
enjoy ya!!!












Saturday, April 7, 2007

Things to do!

huh!banyak tol keje.memg betul la.tanggungjawab tu lebih dari masa yg kite ade.ni bende yg aku kene wat dalm minggu nie :

1)stadi ccna1
2)betulkan tesis
3)siapkan assignment

cemane ni.malas pun ade.esok aku nk g zoo.nk g melawat kawan2 kat dalam 2..haha!
besh gak.tp esok plak ade sure heboh kat melaka tu.benci betul aku kalau jem.buang mase orang je...tp nk wat cemane.kene btolak awal la nampaknye....tp bole ke aku betolak awal?!!!!