Irdina Sewing Art

Monday, April 27, 2009

sabar benar2 menguji


Dua malam berturut2 saya tak dapat tidur malam. Puncanya si kecik saya yang menangis tak henti2. Nak kata lapar, padahal sebelum tidur dah makan. Nak meyusu, bila disuakan ke mulut di tepisnya. Dan kalau tidak bernasib baik, digigitnya puting susu. Isy..isy...ayahnya dah azan dekat 7 kali tak mahu jugak berhenti menangis.

Saya benar2 buntu. Akhirnya dek kerana tak tertahan mengantuk, haziq tertidur diatas riba dengan punggungya ditepuk2. Alhamdulillah...buat seketika.

Lepas 2 jam die akan bangun dan menangis lagi. Puas dipujuk barulah mahu menyusu dan tidur.

Saya merasa sangat pelik. Anak saya bukan begini perangainya. Agaknya kenapa ye. Semasa die menangis, dia akan berhenti seketika dan menjerit2. Itu tandanya die marah. Tapi apa yang die marahkan dan apa yang cube Haziq beritahu.

Kadang2 dalam nak memujuk si haziq ni, sabar saya bagai dihujung tanduk. Paras nye dah takat leher. Sikit lagi mahu meletup bagai gunung berapi. Tapi sabar itu ditahan2. Terasa bodoh andai dimarahkan atau dipukul budak kecik yang tak mengerti itu. Pukulan dan marah juga merupakan salah satu proses mendidik anak. Tapi ia akan terdidik andainya si anak mengerti ia adalah satu hukuman atas kesilapan yang dilakukan.

Sebenarnya saya merupakan seorang yang panas baran. Namun selepas berkahwin, sedikit demi sedikit baran saya terdidik dan terkawal alhamdulillah. Tapi bila ada anak nie, sabar benar2 menguji saya. Dan sekali lagi saya melalui proses utk belajar mengawal diri, mengawal marah dan berdoplimasi juga berhikmah dalam mendidik anak. Kerana cita2 saya terlalu besar utk menjadikan haziq seorang al-hafiz yang menjadi kaderan dalam memperjuangkan agama Allah.

Dan bukankah melentur buluh itu dari rebungya?

6 comments:

أم الليث said...

1. dah pastikan dia tak sakit? kot2 sakit perut ke, sakit bontot ke. Layth pernah nangis camni jugak. punya la buntu. tgk2 lubang bontot dia merah kene rash.

2. memang perlukan bnyk sabar kan jadi mak nih. anti panas baran ke? wow tak sangka sama sekali. selama ana kenal anti ana tak pernah terpk anti ni jenis panas baran orangnya!! TAK PERCAYA! hehe

3. ana mmg panas baran. sometimes tu bila tak rasional mmg bedebab je tangan tu memukul lg2 kalau dah berulang2 kali suruh/bagitahu tapi tak dgr/takmo ikut cakap!!

4. tak salah bagi ana utk marah anak. orang zaman skrg langsung tak marah anak. itu pun musibah jugak.

shahhana said...

aliya. dah cek semua kecuali bontot die.next time kene cek la kan.tq. hehe. ana control sbb tu tak nampak tp kat dalam mcm nk meletup2. ade gak marah tp belum pkul sbb kecik lg. betul tu. kkdg mmg kene mara jugak anak2. spy die tau die wat salah.

anin said...

jangan la pukul haziq lagi..sian kat die..die kecik lagi.. marah je die.. tu pun ntah paham entah tok..haha

Unknown said...

hoho.seram.

Hana' said...

Nufayl pun pernah nangis tak ketahuan punca jugak malam-malan buta. Baby ni kalau dia nangis..MESTI ada something wrong dengan dia sebab baby ni mana le pandai berlakon kan, kita je kena test macam-macam nak cari apa punca dia. Macam hari tu, bila Nufayl dah lama sangat nangis sampai kitorang pun tak tau nak buat apa, try bukak diapers...bontot merah jugak. Letak je cream, terus je senyap dan boleh tidor balik.

Ana pernah dah marah Nufayl sekali + jentik pipi dia sampai dia nangis, terkejut agaknya tak pernah kena cam tu. Tindakan reflex sebab dia gigit puting ana sampai berdarah. Tapi hingga hari ni ana menyesal buat camtu, apakah daya...masa tak boleh diundur kembali..hahahah..

wanie said...

- wow...tak tahu pun akk seorg yg panas baran....

- Afifah kerap mcm tuh. tapi budak nangis mmg ada sebab. kdg2 kembung perut, kdg2 bdn panas (rupanya nak kena demam 'virus'-doc ckp la-), mcm2 yg pelik2. tp, bontot merah, tak de lak...hehehe

- Memang sabar giler ar dgn anak nih.. klu tak tido, esok gi keje mesti lambat!hahahaha..