Irdina Sewing Art

Thursday, January 29, 2009

boycott israelli campaign



dear all

start to boycott now! statistic show that malaysian still supporting most of israelli products! so please....look for alternatives and do it right now!!!

tagged by aliya

Here's what we should do. It's simple:
List down 5 of the products from the list below that you are boycotting,
and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott,
and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott,
and tag 5 others.

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see: if they can boycott one product that you haven't been boycotting, why can't you start to boycott the product too?

For the whole list of products to boykott, please click here.

5 products I have already boycotted
1.tesco
2.coca-cola
3.huggies
4.carrefour...all of this 4 we never buy..so kire automatik boikot le..hehe
5.kfc and mcd...huhu..sgt susah utk stop mule2 dulu

5 products I will start to boycott:
1. Kotex..dunno wut to choose as alternative
2. Maggi
3.20th Century Fox
4. Nestle( nescafe, milo..etc)..huhu..ni sume my faveretla..isy isy..maybe should change to radix
5. johnson n johnson

5 products that I find hard to boycott
1. Kotex
2. Disney
3. 20th Century Fox
4. Maggi
5. nestle ( addicted to milo..huhu)

sume ni same je macam anti, aliya..susah beno nk stop..sbbnye tatau nk ganti ngn ape

"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."
Syeikh Yusuf Qardhawi, fatwa on boycotting Israeli and their supporters' products

sy
nak tag:
1.abe
2.kakak
3.angah
4.kak saliha
5.abe ming
6.YOU!

Wednesday, January 28, 2009

Friday, January 9, 2009

ENGKAU memang BINATANG!


Mungkin tajuk post saya kali ini agak keras dan melampau. Tapi itu perkataan selayaknya diberi kepada YAHUDI LAKNATULLAH. Malah mereka lebih teruk dari binatang dan mahu saya katakan lebih hina dari BABI.

Sedangkan binatang hanya akan memusuhi sejenis dengannya samada untuk mendapatkan kawasan, makanan atau pasangan. Dan yahudi mahukan kawasan malah lebih lagi kerana mereka juga mahu menghapuskan BANGSA PALESTIN! Keduanya ialah binatang hanya akan berlawan dengan musuh yang sama kekuatan dengannya. Tapi sang yahudi ni berlawan dengan bangsa Palestin yang tak punya apa... Maka selayaknya nereka digelar BINATANG! malah lebih teruk dari binatang.

Hati saya ni berbuku geram, marah dan kecewa dengan situasi yang berlaku di Palestin saat ini.

Terasa sangat geram kepada pemimpin negara2 Islam yang hanya senyap membisu dengan situasi ini. Malah untuk membuka laluan utk bantuan perubatan pun tidak berani apatah lagi mahu lantang bersuara menidakkan rampasan bumi Palestin dan menyahkan mereka keluar dari bumi mulia itu. Sekalung tahniah saya ucapkan buat pimpinan Venezuela kerana berani menyahkan sang hina itu dari pejabat duta.

Saya sangat geram! sememangnya geram!!! Bodoh betul bangsa Arab ini. Keturunannya baik. Lahirnya ramai anbiya' dan ulama' namun sesama sendiri pun mahu bercakaran. Saudara sendiri dilapah didepan mata pun masih mahu menjaga kepentingan! Mana semangat persaudaraan! Paling teruk pun mana nilai kemanusiaan!!? Kalau tak nak bagi bantuan senjata atau ubatan pun bukakla sempadan biar mujahidin dan bantuan perubatan dari negara lain masuk. BODOH! dan BANGANG!!! geram betul saya.

OIC hanya tinggal nama. Esok2 kalau dibubarkan pun hanya tinggal nama. Saban hari jumlah mangsa meningkat. Paling menyayat hati selalunya yang syahid kanak2 dan wanita. Runtuh hati saya melihat mata bening si kecil terbuka dengan pandangan kosong kerana yang tinggal hanya lah jasad. Ramai sungguh anak2 menanti ibubapanya disyurga....Tak terbayang perasaan andai itu adalah anak saya. Susah payah kita membesarkan senang2 mahu dibom sebegini rupa. Adakah sang yahudi tidak berzuriat?? Tiada langsung rasa simpati apatah lagi empati. Memang kejam dan bodoh! Seandainya berterusan begini memang akan pupus lah zuriat bangsa Palestin! Dan relakah kiblat pertama kita menjadi tempat suci mereka?? Atau dijadikan mereka hanya kandang babi....

Justeru, saya merayu kepada para sahabat. Bangunlah dari lena yang panjang. Sekadar simpati tidak membantu apa2. Come on! Do something! Disini banyak cadangan utk membantu mereka. Antaranya :

1. Qunut Nazilah
2.Salurkanlah wang bagi membantu perubatan, makanan dan keperluan mereka.
3. Bagi sesiapa yang mampu, digalakkan menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.
4. Demo, bantahan dan memorandum juga antara pilihan yang ada.
5. Sebarkan lah maklumat berkenaan saudara kita di Gaza kepada semua kenalan dan orang awam.
6. DOA! Ingatlah bahawa inilah senjata terkuat umat Islam

Jadi sahabat sekelian, sebelum Palestin lenyap dari mata dunia maka bangkit dan berbuatlah sesuatu!!!


Thursday, December 25, 2008

good luck to kak Alya


Cik Azila Alya

Kak Alya(duduk), Kak Fizah and Kak Su(dari kiri)

Kak Alya and me

Kak Alya adalah membe saya di Kolej Legenda. she's one of the good lecturer there ;) she's a very nice person but sometimes bole jadi garang..hehe
baru je kenal since saya start keje sane in September but she's leaving us. i'm gonna miss u, kak. almaklumla, akak ni la yang rajin temankan saya makan tengahari since yang lain sume jage badan..hehe..eventhough sometimes akak tak makan tapi sudi gak la temankan saya makan..he

so, to kak alya. good luck for your new job. semestinya pengalaman baru dengan kawan2 baru di tempat yang baru (walau tatau lagi kat ane..hehe). take care eh and jangan lupe kirim kad kawen nanti :p jangan lupe doakan kami yang masih disini. moga terus diberikan kekuatan utk mengharungi macam2 cabaran kat sni dan mintak murah rezeki(ehem..paham2 je la eh)...hhehe

Friday, November 14, 2008

yang pahit itu cuma sedikit...dan hanya untuk sementara jua

Menginjak ke alam dewasa, saya rasakan diri kita semakin sarat dengan tangungjawab. Kita dipertanggungjawabkan atas setiap perkara yang dilakukan walhal dosa dan pahala juga tergalas di bahu sendiri..

Sejenak saya merasakan seronoknye menjadi anak-anak kecil seperti haziq dan faishal. Hari2nya dipenuhi dengan gelak tawa dan tangisan menuntut si dewasa memenuhi keperluan diri. Namun alam terus berputar dan kita tidak akn terus menjadi kecil.

Sepertimana fitrah alam, hidup bagaikan roda. Putarannya menyebabkan kadangkala kita diatas dan kadangkala pula kita dibawah. Ketawa dan tangisan juga menjadi sulaman kehidupan. Kehadiran orang tersayang disekeliling mampu membuat kita untuk terus teguh mengharung lautan rintangan disepanjang perjalanan menuju ke penghujung yang entah bila.


Bekerja dalam bidang pendidikan malah dalam bidang apa sekalipun pasti ade mehnah dan tribulasi yang tersendiri. Profesionalisma kita diukur dari sejauh mana pencapaian kita. Kengkadang saya terasa lemah dan tanggungjawab yang diberi. Terasa berat dan tidak berdaya. Tapi kita lupa tanggungjawab sebagai khalifah yang diamanah Allah sejak sekian lama sememangnya lebih berat dari segala tanggungjawab yang lain. Tapi tanggungjawab yang ini seringkali kita lupa.

Sebenarnya saya ingin meluahkan rasa, berkongsi perit menjadi tenaga pengajar walau bidang ini sememangnya sangat saya minati. Namun rasanya tak terkeluar ayat yang sebenar jadi biarlah ceritanya ditulis sebegini rupa.



Teringat kata2 timbalan dekan saya. Pahit itu andai diletak dalam satu gelas dan diminum memang sampai ke kerongkong pahitnya...Tapi andai yang pahit itu dituang kedalam tasik...bagai kita tak tahu ada yang pahit dalam air tasik itu. Logik bukan. Begitulah hati kita. Lapangkanlah seluas2nya...Nikmatilah indahnya...kecilkanlah yang pahit hingga ia jauh dari pandangan mata kita..

Kasih Allah itu lebih besar dan banyak berbanding ujian yang diberi. Dan jangan lupa juga dalam ujian yang diberi juga masih ada sayangNya yang diselit....

Tuesday, November 11, 2008

saya tidak ade perasaan

ummuhaziq sekarang ni dalam mode unmotivated. everything is plain for me...im bored. i dun have much time esp for myself (aliya, da bejangkit la penyakit anti nih..hehe)

puncanya?

saya sendiri tidak pasti. tapi kemungkinan besar sebab:

1) saya bekerja dari isnin sampai sabtu dan sabtu lepas saya ade kursus sampai petang. sgt penat bekerja setiap masa ni.

2) hari ahad iaitu satu2nya hari cuti, selalunya haziq meragam dan badan saya rase sangat letih.

3) tiap2 hari tak ckup tido. sebabnye haziq akan bangun 3,4 kali semalaman dan nak suruh die tido balik sangatlah susah. kejap die menyusu sekejap die pusing sebelah sana, berulang2 sampai die tertido.

4) saya rase mcm robot sebab buat rutin yang sama tiap2 hari. gi kerje, balik. melayan haziq (solat, ngaji semua terkcoh sbb die tak nak jauh dgn saya). bile haziq tdo baru ade mase utk diri sendiri. tu pun selalunya da ngantuk dan tdo. pagi esok, bangun dan pergi keje balik......pusing dan pusing...

5) disebabkan saya masih baru bekerja di sini maka banyaklah yg saya tak tahu dan baru nak belajar dan kadang2 buat salah dan rase down....(saya kene redo 3 kali utk soalan final exam. saya rase sangat teruk)

Namun, atas semua perkara yang berlaku. saya rasa perlunya utk masih rase bersyukur atas semua kesukaran yang dilalui. Nikmatnya akan dirasai bile saya dah dapat melepasi semua ini.
1) saya kene bersyukur walau terpaksa melayan kerenah haziq sebabnye itu tanda saya mempunyai zuriat dan ada penyejuk mata, pengikat kasih saya dan abang.

2) saya kene bersyukur sbb dalam menangani kerenah haziq, saya dapat tengok abang banyak mainkan peranan sbg seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab.

3) saya kene bersyukur sebab walau saya stress dengan urusan di kolej tapi itu tanda saya masih ade pekerjaan dan bole jadikan semua kesilapan sebagai pengajaran di masa hadapan.
4) saya kene bersyukur atas semua perkara di atas sebab saya masih hidup dan bernyawa dan masih diberi peluang oleh Allah untuk mengutip pahala dari ujian2 yang menimpa.

kepada yang tersayang abang dan haziq, ummi dan abah, adik2 dan sahabat2 yang hadir dalam hidupku. terima kasih kerana memberi erti dalam kehidupan saya.



Wednesday, November 5, 2008

sekadar arenungan buat yang bergelar ibu dan bapa

bersyukurlah kita atas kehadiran permata hati walau kekadang tu banyak ragam mereka yang nak dihadapi..
tapi itulah keindahan dalam hidup ibu dan bapa..

____________________________________________________________________________________________

A'kum w.b.t...

Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan (hypophosphatasia-komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.
Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan jururawat yang merawatnya.

Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami. Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami bertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan kalimah tauhid di telinganya.

Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi senyumlah pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang". Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya.
Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu. Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.

Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelah tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha. Pagi itu, jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Alesha dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan bertapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya!

Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untuk membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana mendung. Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa arwah selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah untuk bayi yang tidak berdosa itu.
Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya.
Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku. Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang menunggunya... janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran seolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai pengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak mendengarkannya. Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah.
Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah, walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketika mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untuk mengulanginya.

Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 - 13 Mei 2006)

shamsul shamdin @ laloque

Monday, November 3, 2008

semua org tlg senyum ye!

ummi : haziq. jom tangkap gambar. janji kene tengok kamera tau... dan senyum!

ummi : ala. mane aci. ummi je yang senyum
haziq: macamane nak senyum. haziq nak amek gambar dengan ayah sekali. kite tak penah amek gambar bertiga tau.
ummi: ok2la. kite panggil ayah


ummi : alamak! sori. ummi tertutup mulut haziq. mulut ayah pun tak nampak. isy..isy..sekali lagi yek.
haziq : dah la tu! haziq rimas la kene kepit dengan ummi dan ayah! uwwwaaaaaaaaaaaa!!!!

ayah : nape mulut ayah tak nampak jugak nih.meh sini kamera. bia ayah yang amek gamba pulak.ayah : haaa! kan jadi ni ayah amek
ummi : dah tu amek gamba anak sorang memang le jadi..isy...isy...

we were @ "zoo negara"

last two weeks we went to zoo negara. hhuhuhu
nak tgk ape eh?? haziq belom pandai tgk binatang atau buat bunyi2 binatang!
haziq cume nak teman pak su (faishal:my youngest brother) nye..yang tringin nak naik trem kat situ..
so we spent rm15 per adult and rm6 per child (free for adik and haziq) just to naik trem yang round skali jek dan balik!!
huhu..
btw mase bersama family tetap berharge :D
haziq,pak su dah letih berjalan. boleh pinjam stroller??? he. haziq baik kan? kan? nanti paksu belanje aiskrim :)

oklah. nanti haziq suruh ayah dukung

erm....yang....bole dukung haziq pulak? abang da lenguh..hehe..eh, senyum kat gamba tu

eh, ape kate kalau kite suruh pak iki die yang dukung haziq.. hehe..ermm..tapi selamat ke??

Wednesday, October 22, 2008

lame betul nak mengomen

da berhabuk rasenye blog nih since da lame tak menulis. tadek idea dan tak sempat. ape khabar sahabat2 semua. cemane ngn keluarga. harap2nye sihat belaka. musim2 raye nih jemputla dtg umah. tak raye pun bole dtg gak :D

Tuesday, October 7, 2008

hidup seorang remaja

Sudah sebulan aku mengajar di kolej ini. sebulan jugaklah aku dapat melihat gelagat manusia disini. ada yang pahit ada yang manis. ada yang hitam ada yang putih. namun pemerhatian kepada gelagat manusia memberi saya penghayatan erti kehidupan yang sebenar juga mengajar saya untuk menghargai apa yang saya telah miliki selama ini. apa yang telah dimiliki seharusnya disyukuri dan apa yang dihajati jangan terlalu diharapkan.

zaman remaja adalah zaman paling mencabar dalam hidup seorang insan. Juga kehidupan semasa remaja lah yang menjadi permulaan kepada siapa kita di usia 25. sangat sedih apabila melihat remaja yang terlalu banyak disia-siakan masa remajanya kepada yang bukan-bukan. maksud saya semasa remaja seharusnya hidup harus difokuskan kepada pelajaran. segala sampingan yang lain harus terus dijadikan sampingan dan yang utama jangan diletakkan prioritinya lebih bawah dari itu.

sebagai seorang ibu, bagai mahu runtuh hati saya apabila mendengar gelagat2 anak murid saya yang hidup bagai bertuhankan syaitan. sanggup menipu kepada ibubapa ke kolej utk belajar walhal sehari pun tak pernah nampak batang hidungnya ke kelas. hidup bergelumang dengan dosa. arak dan zina bagai sudah sebati. pergaulan bebas usah dicerita. tidur dengan teman lelaki mejadi perkara biasa. usah disebut halal dan haram kerana ianya adalah perkara yang nyata. tanye pada diri sendiri, adakah kita akan gelisah andai perbuatan kite diketahui org??? andai ade rase gelisah terselinap di dalam hati, maka berdosalah apa yang kita lakukan, kata hassan al-banna. bagaimana hati kita jernih utk menerima ilmu. kerana ilmu itu suci dan benda suci tak boleh bercampur dengan hati yang kotor, sentiasa mengulangi perbuatan dosa besar tanpa ada rasa sesalan.

adui, ya allah... aku amat menyayangi adik2 ku disini, anak2 muridku sekelian, ya Allah, engkau bukakanlah pintu hati kami semua. limpahkan lah nur hidayahMu. jadikanlah kami tergolong dalam golongan yang engkau kasihi.

bagai tiada kata utk sy luahkan kegusaran dan rasa ralat di dalam hati. terasa semacam bersalah kerana tak berupaya menarik tangan adik2 ini utk sama2 memperbaiki diri. hati saya sangat lara, sedih dan muram. kekadang terasa rindukan zaman persekolahan. semacam mudah utk melakukan amal ma'ruf nahi munkar kerana memang di sekolah tempatnye untuk mentarbiyah. tapi disini???? engkau, engkau dan aku adalah aku......

sedarlah wahai adik2ku sekelian. zaman remaja hanya seketika. bagai kerdipan mata yang berlaku tanpa sedar. dan natijah pada hari ini akan di rasakan di masa hadapan. kembalilah pada fitrah. sujudlah pada yang Satu.