Irdina Sewing Art

Wednesday, March 18, 2009

hidup untuk duit atau duit untuk hidup ???


kadangkala saya terfikir... seharian saya berkerja membanting tulang untuk apa?
adakah saya menjadi hamba duit atau duit itu untuk kelangsungan hidup sahaja.

Setiap bulan semenjak kami berpindah rumah, terasa sentiasa tidak kecukupannya. ada sahaja yang perlu dibayar. cukailah itula inilah. niat untuk menyimpan masih belum berkesempatan sejak 2 bulan terakhir ini.

adakah saya yang tak pandai menguruskan belanja? atau sememangnya gaji hanya ciput..huhu rasanya mungkin sebab yang kedua. jadi macamana mahu menjana ekonomi keluarga ya. minat di hati untuk berniaga dan bekerja sendiri. tapi tak tahu bagaimana untuk memulakan dan kata abang saya tiada bakat utk berniaga. dia lebih suka kalau saya terus menceburkan diri dalam bidang pendidikan.

namun gaji hanya ciput. semestinya tahun semakin bertambah seiring dengan keluarga saya akan bertambah kelak. anak bertambah maka keperluan bertambah. pampers akan menjadi 2 pek. susu pun begitu. hmm..pening juga memikirkannya. alhamdulillah kami sudah memiliki keperluan asas..tapi saya mahu menyimpan dengan banyaknya supaya hujung tahun nanti saya boleh pergi haji..waaaaaaaaaaaaaa!

rindu saya pada tanah suci begitu mendalam. setiap kali menonton rancangan ' jemputan umrah' di astro oasis saya akan menangis. sorok2 supaya abang tak nampak. dalam hati saya berkata, bilakah saya akan menjadi tetamu Allah? bilakah saya akn dijemput? atau adakah dosa2 saya yang menjadi penghalang dari saya dipilih? mahu saya sujud betul2 dihadapan kaa'bah. mahu saya merintih mengadu dan melahirkan rasa rindu dan kasih padaNya. mahu saya memberi perhatian hanya padaNya pada saat itu. aduhai...bilalah agaknye ye...

masa itu memang berharga

tatkala ini baru ummuhaziq berkelapangan untuk berceloteh setelah sekian lama mendiamkan diri. diam bukan bermakna tidak menziarahi blog2 shabat, cuma tidak berkesempatan untuk menulis tanda meninggalkan jejak. membaca lebih cepat dari menulis kan? he. disebabkan kekangan masa malah tanggungjawab melebihi masa 24 jam yang ada dan kadangkala kekontangan idea untuk menulis. malas untuk menyusun kata. sekarang ni pun hanya setengah jam diperuntukkan untuk menulis. sempat ke??? he..

semua orang diperuntukkan 24 jam. terpulang pada kita bagaimana untk mengoptimasikan masa yang diberi. saya pulak terasa sentiasa tidak kecukupan masa. seharian di ofis, sentiasa sibuk dengan kerja harian. prepare lecture, set soalan exam, membaca utk lebih informasi, consult student, urusan pentadbiran lagi malah urusan2 dengan manusia semestinya dan kadang2 segala urusan bodoh yang tak sepatutmya dibuat oleh pensyarah..huhu..nak menolak nanti dikata tak patuh pada bos buat kang menyusahkn diri sendiri..alahai...

kebiasaan pada pkul 5 ptg saya akan pulang ke rumah. cerita di rumah pun lebih kurang. sentiasa sibuk melayan si kecil. mungkin kerana anak yang ditinggalkan seharian di nursery menyebabkan si haziq tidak mahu berenggang dengan umminya. malah ayah hanya boleh menegur andai ummi ada disebelah. kalau tak menangis tak mahu diambil. aduhai, penat.

bila situasi begini berlaku, jangan kan kate pinggan tak berbasuh, baju tak berlipat, malah nak solat pun kadangkala tempat sujud saya adalah haziq lantaran mahu duduk sesejadah dengan ummi. itulah perihal anak bujang saya. syukur suami banyak membantu. sekurang2 nya ada yang sudi menyidai kain dan menguruskan urusan selebihnya.

amalan utk menambah pahala pula?? bagai jatuh meruncing. lepas solat si kecil terus mahu menyusu lantaran ditinggalkan semasa sembahyang. tanda protes dan mahukan perhatian barangkali. semakin malam badan kepenatan. dan esok bermula hari yang baru bersama rutin yang sama. andai saya mati sesaat selepas ini, saya sendiri tak pasti apakah saki baki amalan yang mahu dipersembahkan kepada KEKASIH saya.

6 minutes left after finished writing :D