tanggal 23/2/09
perginya seorang yang sungguh istimewa dalam keluarga besar kami. kak anis adalah sepupu saya, anak kepada ayah cik dan cikza. arwah kak anis dilahirkan bersama dengan penyakit jantung. sepanjang hayatnya, dia bertungkus lumus melawan penyakitnya. memakan pelbagai ubat yang diberi doktor setiap hari adalah rutinnya. dia pergi pada usia 15 tahun. istimewanya kak anis, dia tidak boleh bercakap mahupun mengurus diri. maka perginya di usia 15 tahun seperti perginya seorang bayi yang tiada dosa. hidupnya adalah rezeki buat keluarganya dan pahala yang melimpah buat abah dan ummi yang menjaganya...
ketika menulis ini, terbayang di ruang mata saya kak anis yang kebanyakan masa hidupnya duduk di atas kerusi sambil meratib seolah2 berzikir pada yang Esa. takziah buat keluarganya. moga terus diberi kekuatan dan ganjaran besa buat orang yang sabar...
dan seperti biasa, setiap kali ada kematian setiap kali itulah kita akan tersentak dari lamunan hidup kita yang penuh dengan pelbagai kelaghaan. semestinya kita takut untuk mati lantaran amalan yang sebesar kuman untuk dijadikan bekal. mampukah amalan sebanyak itu mampu menghalang sekecil semut yang menggigt kelak? apatah lagi ular yang hitam dan besar malah munkar nakir yang bengis???
kematian itu pasti.. namun kenapa amalan belum lagi ckup untuk pasti utk dihadapkan di hadapan kekasih kita? mutaba'ah amal! ya, aku mesti sentiasa upgrade mutaba'ah amal. bagaimana mahu pergi dalam keadaan redha dan bersedia? jawapannya ialah AMAL bagaimana mahu rasa tidak sabar untuk bertemu Kekasih? Jawapannya tautan hati dengan ALLAH harus lah kukuh..
masih kah ada waktu untukku??
No comments:
Post a Comment