Irdina Sewing Art

Friday, November 14, 2008

yang pahit itu cuma sedikit...dan hanya untuk sementara jua

Menginjak ke alam dewasa, saya rasakan diri kita semakin sarat dengan tangungjawab. Kita dipertanggungjawabkan atas setiap perkara yang dilakukan walhal dosa dan pahala juga tergalas di bahu sendiri..

Sejenak saya merasakan seronoknye menjadi anak-anak kecil seperti haziq dan faishal. Hari2nya dipenuhi dengan gelak tawa dan tangisan menuntut si dewasa memenuhi keperluan diri. Namun alam terus berputar dan kita tidak akn terus menjadi kecil.

Sepertimana fitrah alam, hidup bagaikan roda. Putarannya menyebabkan kadangkala kita diatas dan kadangkala pula kita dibawah. Ketawa dan tangisan juga menjadi sulaman kehidupan. Kehadiran orang tersayang disekeliling mampu membuat kita untuk terus teguh mengharung lautan rintangan disepanjang perjalanan menuju ke penghujung yang entah bila.


Bekerja dalam bidang pendidikan malah dalam bidang apa sekalipun pasti ade mehnah dan tribulasi yang tersendiri. Profesionalisma kita diukur dari sejauh mana pencapaian kita. Kengkadang saya terasa lemah dan tanggungjawab yang diberi. Terasa berat dan tidak berdaya. Tapi kita lupa tanggungjawab sebagai khalifah yang diamanah Allah sejak sekian lama sememangnya lebih berat dari segala tanggungjawab yang lain. Tapi tanggungjawab yang ini seringkali kita lupa.

Sebenarnya saya ingin meluahkan rasa, berkongsi perit menjadi tenaga pengajar walau bidang ini sememangnya sangat saya minati. Namun rasanya tak terkeluar ayat yang sebenar jadi biarlah ceritanya ditulis sebegini rupa.



Teringat kata2 timbalan dekan saya. Pahit itu andai diletak dalam satu gelas dan diminum memang sampai ke kerongkong pahitnya...Tapi andai yang pahit itu dituang kedalam tasik...bagai kita tak tahu ada yang pahit dalam air tasik itu. Logik bukan. Begitulah hati kita. Lapangkanlah seluas2nya...Nikmatilah indahnya...kecilkanlah yang pahit hingga ia jauh dari pandangan mata kita..

Kasih Allah itu lebih besar dan banyak berbanding ujian yang diberi. Dan jangan lupa juga dalam ujian yang diberi juga masih ada sayangNya yang diselit....

Tuesday, November 11, 2008

saya tidak ade perasaan

ummuhaziq sekarang ni dalam mode unmotivated. everything is plain for me...im bored. i dun have much time esp for myself (aliya, da bejangkit la penyakit anti nih..hehe)

puncanya?

saya sendiri tidak pasti. tapi kemungkinan besar sebab:

1) saya bekerja dari isnin sampai sabtu dan sabtu lepas saya ade kursus sampai petang. sgt penat bekerja setiap masa ni.

2) hari ahad iaitu satu2nya hari cuti, selalunya haziq meragam dan badan saya rase sangat letih.

3) tiap2 hari tak ckup tido. sebabnye haziq akan bangun 3,4 kali semalaman dan nak suruh die tido balik sangatlah susah. kejap die menyusu sekejap die pusing sebelah sana, berulang2 sampai die tertido.

4) saya rase mcm robot sebab buat rutin yang sama tiap2 hari. gi kerje, balik. melayan haziq (solat, ngaji semua terkcoh sbb die tak nak jauh dgn saya). bile haziq tdo baru ade mase utk diri sendiri. tu pun selalunya da ngantuk dan tdo. pagi esok, bangun dan pergi keje balik......pusing dan pusing...

5) disebabkan saya masih baru bekerja di sini maka banyaklah yg saya tak tahu dan baru nak belajar dan kadang2 buat salah dan rase down....(saya kene redo 3 kali utk soalan final exam. saya rase sangat teruk)

Namun, atas semua perkara yang berlaku. saya rasa perlunya utk masih rase bersyukur atas semua kesukaran yang dilalui. Nikmatnya akan dirasai bile saya dah dapat melepasi semua ini.
1) saya kene bersyukur walau terpaksa melayan kerenah haziq sebabnye itu tanda saya mempunyai zuriat dan ada penyejuk mata, pengikat kasih saya dan abang.

2) saya kene bersyukur sbb dalam menangani kerenah haziq, saya dapat tengok abang banyak mainkan peranan sbg seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab.

3) saya kene bersyukur sebab walau saya stress dengan urusan di kolej tapi itu tanda saya masih ade pekerjaan dan bole jadikan semua kesilapan sebagai pengajaran di masa hadapan.
4) saya kene bersyukur atas semua perkara di atas sebab saya masih hidup dan bernyawa dan masih diberi peluang oleh Allah untuk mengutip pahala dari ujian2 yang menimpa.

kepada yang tersayang abang dan haziq, ummi dan abah, adik2 dan sahabat2 yang hadir dalam hidupku. terima kasih kerana memberi erti dalam kehidupan saya.



Wednesday, November 5, 2008

sekadar arenungan buat yang bergelar ibu dan bapa

bersyukurlah kita atas kehadiran permata hati walau kekadang tu banyak ragam mereka yang nak dihadapi..
tapi itulah keindahan dalam hidup ibu dan bapa..

____________________________________________________________________________________________

A'kum w.b.t...

Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan (hypophosphatasia-komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.
Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan jururawat yang merawatnya.

Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami. Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami bertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan kalimah tauhid di telinganya.

Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi senyumlah pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang". Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya.
Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu. Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.

Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelah tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha. Pagi itu, jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Alesha dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan bertapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya!

Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untuk membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana mendung. Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa arwah selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah untuk bayi yang tidak berdosa itu.
Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya.
Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku. Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang menunggunya... janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran seolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai pengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak mendengarkannya. Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah.
Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah, walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketika mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untuk mengulanginya.

Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 - 13 Mei 2006)

shamsul shamdin @ laloque

Monday, November 3, 2008

semua org tlg senyum ye!

ummi : haziq. jom tangkap gambar. janji kene tengok kamera tau... dan senyum!

ummi : ala. mane aci. ummi je yang senyum
haziq: macamane nak senyum. haziq nak amek gambar dengan ayah sekali. kite tak penah amek gambar bertiga tau.
ummi: ok2la. kite panggil ayah


ummi : alamak! sori. ummi tertutup mulut haziq. mulut ayah pun tak nampak. isy..isy..sekali lagi yek.
haziq : dah la tu! haziq rimas la kene kepit dengan ummi dan ayah! uwwwaaaaaaaaaaaa!!!!

ayah : nape mulut ayah tak nampak jugak nih.meh sini kamera. bia ayah yang amek gamba pulak.ayah : haaa! kan jadi ni ayah amek
ummi : dah tu amek gamba anak sorang memang le jadi..isy...isy...

we were @ "zoo negara"

last two weeks we went to zoo negara. hhuhuhu
nak tgk ape eh?? haziq belom pandai tgk binatang atau buat bunyi2 binatang!
haziq cume nak teman pak su (faishal:my youngest brother) nye..yang tringin nak naik trem kat situ..
so we spent rm15 per adult and rm6 per child (free for adik and haziq) just to naik trem yang round skali jek dan balik!!
huhu..
btw mase bersama family tetap berharge :D
haziq,pak su dah letih berjalan. boleh pinjam stroller??? he. haziq baik kan? kan? nanti paksu belanje aiskrim :)

oklah. nanti haziq suruh ayah dukung

erm....yang....bole dukung haziq pulak? abang da lenguh..hehe..eh, senyum kat gamba tu

eh, ape kate kalau kite suruh pak iki die yang dukung haziq.. hehe..ermm..tapi selamat ke??