Irdina Sewing Art

Wednesday, April 27, 2011

PB=premium beautiful

Memandangkan ramai yang dok tanya ape bende la si hana ni cakap pasal PB.
So PB stands for premium beautiful. Ape pulak premium beautiful?




Inilah dia PB. Sangat banyak manfaatnya especially utk perempuan yang dah berkahwin, yang susah nak dapat anak dan yang bersaiz badan agak besar. Faktor utama kita pakai ialah utk kesihatan, namun bonus nya ialah kecantikan. Badan lebih langsing siap ada shape lagi...Sedikit info berkenaan PB:

Sesuai dipakai sepanjang hari kerana kehalusan kelembutan dan keselesaan kepada kulit.
• PEMBENTUKAN KONTUR BADAN
• MEMBENTUK BADAN SECARA FIZIKAL
• MEMBENTUK DAYA KETAHANAN, MEMULIH & MERAWAT KESIHATAN DLM BENTUK RAWATAN ALTERNATIF (TERAPI FIR)
• MEMBENTUK SEMULA, MEMULIH DAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN & KEHARMONIAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Keistimewaan FIR
1. Memperbetulkan aliran darah dalam tubuh
2. Meningkatkan kadar metabolism
3. Memperbetulkan dan memulihkan system pernafasan
4. Mengelakkan pertumbuhan bacteria
5. Mengeluarkan peluh asid
6. Mengalakkan tumbesaran lebih teratur
7. Mengekalkan kesegaran badan
8. Mengurangkan kandungan asid dalam darah
9. Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan @ tempat yang sakit
10. Tidur lebih selesa @ nyenyak
11. Menghilangkan bau badan
12. Menghilangkan kulat dan fungus
13. Membersihkan udara dalam badan
14. Mengekalkan kepanasan suhu badan
15. Menghalang pembiakan sel kanser dalam badan

Berminat nak pakai? Leh contact saya utk lebih explaination ye.
Jangan malu2. Better start now :)

p/s:wanie, nanti akak call awk

Tuesday, April 19, 2011

first month using PB

alhamdulillah. itulah kata2 yang paling tepat.
ya, baru sebulan saya pakai PB. namun, terasa impaknya.

oleh kerana saya menyusukan anak, maka tiap2 pagi lah saya akan sakit belakang.
tapi sekarang tidak lagi. period pain pun dah kurang. almost tiada lagi period pain.
dan masa main volley ball pun saya pakai PB jadi rasa badan sangat kemas walaupun melompat sana-sini.

reasonnya ialah sebab PB support tulang belakang dan membantu proses aliran darah.

so my next month target ialah nak tgk berapa berat badan boleh turun dan my body dah reshape atau belum ;)

Friday, April 1, 2011

khatam satu buku

setelah sekian lama tak berkesempatan untuk membaca buku kegemaran,
akhirnya dapat juga saya khatam buku ni:



kredit tu kak yan sbb letak kat rak buku akak. ngeh ngeh dan kredit utk kak jannah sebab bagi pinjam. sgt best!markah diberi 8/10. menceritakan pengalaman ibu lain dalam menjawat jawatan sebagai seorang ibu. now i think i appreciate my mom and sons more, insha Allah. Mom's love is unconditional love. No beginning and surely no ending...

i'm looking forward for other books to be read!

Wednesday, February 16, 2011

Thursday, February 10, 2011

indahnya hidup ini


aku perasan sejak aku beranak dua ni, hidup aku sangat kelam kabut dan keluh kesah.
hidup aku sangat cepat berlalu sampai kan kejap je aku rase macam "eh, nawfal da setaun ye".

tapi semalam aku ada jemput penceramah dtg ke opis aku utk bentangkan proposal utk program aku. dari pembentangan tu, aku rasa sangatlah positif kalau kita merasakan hidup kita sangat indah.

dan mulai semalam, aku bretekad untuk menjadikan hidup aku ni sangat indah. indah utk suamiku, indah utk anak2, ibu bapa, adik2, rakan2 dan orang sekeliligku.

maka haruslah aku sentiasa berfikiran positif. susah pun senyum. senang pun senyum. aku nak hidup aku bukan setakat hembusan nafas yang berlalu gitu je sampai mati. tapi biarlah setiap hari aku menjadi sejarah buat orang kelilingku bila aku tiada nanti.

chaiiyookk! smile always

Monday, January 3, 2011

serunding daging yang sedap!

salam kengkawan

nak beli serunding daging tak?
best! diimport dari klate..hehe
nak request for tester pun boleh
regenye seperti berikut:

rm 15 = 200 gram
rm 35 = 500 gram/0.5 kg
rm 65 = 1 kg

berminat??

Wednesday, December 22, 2010

setelah setahun berlalu

suka untuk aku kongsikan bahawa anak teruna ku yang kedua telah berusia setahun.
alhamdulillah.

pejam celik kejap je dah besar. nawfal badan nya agak berisi maka sebab itulah dia masih belum boleh merangkak atau pun berjalan. dia suma mengesot dan duduk.
tapi panjat tangga dah pandaila pulak...huhu
nawfal mempunyai karakter yang sedikit berbeza dengan abangnya, haziq.

orangnya lebih sentimental. pantang tinggi suara sikit dia akan terus menangis. tangisannya tidak pernah kuat. mulanya hanyalah rengekan kecil dan hujungnya akan dipanjang2kan agar tidak dilayan.wataknya lembut dan suka tersengih. suka dipeluk dan dicium nak2 lagi kalau kita usap kepala die..huhu

nawfal antibodinya agak lemah. sebab itu dia sering terkena otitis media. telinga berair macam nanah. dan kerap kali jugaklah kami ke klinik dan hospital. sampai satu tahap, saya tidak lagi ke klinik selagi ubat ada. sebab dah tahu apa yang harus untuk dibuat untuk menjaga anak yang sakitnya sebegini.

giginya dah penuh, 4 atas dan 3 bawah. sebab tu ummi die dah berani nak suap nasi dan sup. x yah dah lenyek2 nasi tu. huhu. makannya boleh tahan. 3 kali sehari dah macam orang besar.

namun sifatnya yang masih tidak berubah ialah dia tak boleh berenggang dengan umi dia. alhamdulillah ayah dah balik awal. jadi adalah orang yang boleh bergilir tengokkan dia. alhamdulillah seusia setahun ini, saya masih fully breastfeed nawfal. satu pencapaian yang membanggakan diri saya sebab abangnya dulu saya hanya mampu untuk fully breastfeed sehingga 6 bulan sahaja. sebab kurang ilmu utk terus breastfeed anak. rugi betul. terasa macam berhutang dengan haziq.

walaupun masa nawfal 7 bulan, pernah saya bagi nawfal susu tepung utk 2 minggu, namun digagahkan diri utk terus mengepam dan akhirnya stok cukup.sehingga ke hari ini, stok saya ialah pam hari ni untuk hari esok...huhu. alhamdulillah Allah kurniakan saya kesihatan yang baik supaya esok ada susu untuk nawfal.

selama setahun bersama nawfal, suka dan duka silih berganti. mencabar pun ada sebab nawfal ni ada abang yang aktif. kadang2 kalau saya marah si abangnya, si adiknya pun terkebil2, terpinga2. sian nengoknye. jadi sekarang saya dah kurang marah tapi saya tukar kepada didikan yang lebih berhemah. tapi kena sabar sikitlah sebab abangnya dah pandai argue. contonhya:

ayah tegur haziq sebab si haziq ni tension dengan laptop.tekan2 tapi image tu taknak scroll down. jadi dia tekannye kuat2.
ummi:"haziq, rosakla laptop ummi tu"
haziq:sambil mencebik"tak naklah tekan dah"
ummi: ok.tak payah tekan.
haziq:dia pergi tekan lagi sambal ulang ayat di atas dan "haziq tak nak kawan ummi"

pulak dah. padahal tadi marah kat laptop. ni dia tukar kat ummi pulak. last2 ayah pegi wat susu barulah dia senyap dapat minum susu.isy isy

kalau haziq dlu, sambil menyusukan dia, saya sempat nyanyikan lagu2 atau bercerita dengan dia. tapi dengan nawfal. kesempatan itu berkurangan, sebab sambil menysusu saya dok melayan abangnya bercakap sambil kadang2 dok larang dia itu dan ini.

so antara azam baru saya ialah untuk lebih berinteraksi dengan nawfal dan mula nak ajar haziq mengaji secara berkala. sebab haziq dan nawfal kene jadi al-hafiz,ok. yey!
moga kami akan terus tabah mendidik anak selagi hayat dikandung badan

Tuesday, December 14, 2010

takde suara

dah seminggu aku takde surau..
mula2 suara aku jadi serak2 basah jadi macam ala2 ella gitu.haha
lame2 die jadi mcm serak2 kering dan weekend lepas mmg tadek sore langsung...haha
sampai aku cakap bisik2 dengn haziq
haziq dok cakap sian ummi sakit tekak
ayahnye tadek kisah pun...huhu
bila tadek suara tadekla aku menjerit2 marahkan anak aku.
dan bayangkanlah ape cikgu nk ajar kalu sore pun tadek
maka aku dok bagi latihan je la kat derang
alamatnya lambatla silibus aku abes...

Wednesday, November 3, 2010

itu sebenarnya nikmat

Disebabkan anak saya masih kecik2 lagi maka saya dok citer pasal anak je la dalam blog ni. Benda lain macam tak minat nak share. huhu

kekadang tu bila saya tension melayan karenah anak2, rasa macam saya perlukan masa untuk bersendiri. padahal kat tempat keje bukannya bawak anak pun kan.

tapi bile kite pk balik, andai kata umur kita dan suami panjang, bila dah tua kang, anak2 akan masuk universiti, bekerja dan berkeluarga. dan masa tu, kita akan kembali berdua dengan suami/isteri.

dan pastinya kita akan sangat rindukan hilai tawa anak masa kecik, kerenah2 yang kadang memerlukan kesabaran yang tinggi, mulutnya yang tak pernah jemu panggil ummi dan ayah. dan mungkin kita akan rindukan untuk menatap anak kecil kita semasa dia tidur..dan satu benda yang sentiasa buat saya terharu ialah kalau kita marah macammana sekalipun kat anak kecik kita, dia akan tetap datang peluk mak dia tanpa ada rasa dendam/kecik ati...

oleh itu, untuk kawan2 yang mempunyai situasi sama dengan saya sekarang, hargailah setiap waktu bersama si kecil anda. kerana anak adalah pinjaman. dan barang yang dipinjam pada bila2 masa boleh dituntut oleh pemiliknya kembali.

i love my kids very very much! muah

Friday, October 15, 2010

updates: si kecil

nama: abang haziq
umur: 2 tahun 6 bulan

haziq dah pandai...

1.minta ummi beli mercun pop tiap2 ari..aduyai..
2.dah pandai cakap utk 4 atau lebih patah perkataan.contoh:
ummi, ummi tak marah ajik kan?
sian ayah ujan, basah naik motor
kak wawa nak jumpa haziq
3.dah pandai pakai seluar sendiri tanpa terbalik dan senget..huhu..
tapi pakai baju tang tangan belum lepas
4.dah pandai bezakan samada dia kentut @ u'uk
5.kadang2 boleh bangun tidur sendri tanpa panggil ummi atau ayah
6.dah tak nangis pergi nursery walaupun on the way dia asyik cakap taknak
pergi rumah teacher.
7.dah pandai agah2 adik dia. tapi kalau suruh dia jaga adik kejap, tak nak pulak dia.
8.berat semasa:12kg
9.dah pandai mengaji.(iqra'1 la baru..hehe)

nama: adik nawfal
umur:8 bulan

adik dah pandai...

1.agah2 org sekeliling dia
2.meniarap dan cuba untuk angkat dada(permulaan utk merangkak)
3.pandai makan bubur
4.pandai mintak2 makanan kalau ayah dia tgh makan
5.tak nak dok sorang.mesti nangis.tu yang jenuh ummi kene tunggu ayah baru boleh mandi.sebab tu jugaklah abg haziq selalu tak leh main kat luar.sori sayang.tunggu adik besar sket,ye
6.gigi atas ade empat, gigi bawah dua. kalau sekali tergigit time isap susu mau telompat ummi..aiyak
7.sangat kurang tidur siang, sampai ummi nak tumpang sekaki tdo pun tak boleh.huhu
7.berat semasa: 11kg