Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang...
Thursday, February 10, 2011
indahnya hidup ini
aku perasan sejak aku beranak dua ni, hidup aku sangat kelam kabut dan keluh kesah.
hidup aku sangat cepat berlalu sampai kan kejap je aku rase macam "eh, nawfal da setaun ye".
tapi semalam aku ada jemput penceramah dtg ke opis aku utk bentangkan proposal utk program aku. dari pembentangan tu, aku rasa sangatlah positif kalau kita merasakan hidup kita sangat indah.
dan mulai semalam, aku bretekad untuk menjadikan hidup aku ni sangat indah. indah utk suamiku, indah utk anak2, ibu bapa, adik2, rakan2 dan orang sekeliligku.
maka haruslah aku sentiasa berfikiran positif. susah pun senyum. senang pun senyum. aku nak hidup aku bukan setakat hembusan nafas yang berlalu gitu je sampai mati. tapi biarlah setiap hari aku menjadi sejarah buat orang kelilingku bila aku tiada nanti.
chaiiyookk! smile always
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
go.+ve.
Post a Comment