Irdina Sewing Art

Friday, May 21, 2010

berkampung di syurga

Dalam menjalani rutin harian, terasa cepat sahaja masa berlalu. Bila celik je mata, bermulalah kehidupan saya sebagai seorang ibu. kekadang rasa tak cukup tangan dan kaki je. Seawal pkul 5 saya akan bangun utk memerah susu dan menyediakan kelengkapan kerja suami, nak menyediakan kelengkapan anak2 dan sebagainya supaya dapat keluar rumah pukul 7.20 pagi.

Bila sampai je kat ofis semestinya tersangatlah sibuk. Kalau 8 jam di ofis, maka 8 jam lah bekerja. Kadang2 sampai tak sempat nak makan, solat pun escape sekejap dari kelas. campur lagi nak perah susu. Sambil memerah sambil buat kerja.

Biasanya saya akan balik rumah antara 5.30-6.00 ptg. Singgah ambil anak di nursery. Sampai je dirumah bukak uniform pensyarah, pakailah pulak uniform ibu dan isteri. Biasanya anak2 time ni lah nak bermanja2. Yang kecik asyik nak menyusu, yang si abang pulak sibuk nak meng'order'.hehe. nak syusyu la. kekadang tu,"ummi, bukak tv".sambil minum susu nk tgk tv la plak.kita mandi dia pun nak mandi. padahal kat nursery da mandi. adoyai...

Memandangkan cik abang sy tgh on diet. So senang sket la x ya masak. Dinner biasa beli untuk saya je sebelum balik keje dan saya boleh share je dengan haziq. Disebabkan jadual saya seperti diatas. Maka pkul 9.30 je rumah kami dah gelap sbb semua dah tak sedarkan diri.. keh keh..penat sgt2..

Kekadang saya tension dengan rutin sebegitu. Apa yang membezakan hari2 saya??....Suatu hari saya sambil2 drive balik kerje, saya fikir2kan perkara ni. Kenapa tak kembali ke fitrah???

Fitrah kejadian manusia adalah supaya beribadah kepada Allah.
Memang benar segala rutin harian kita adalah ibadah jika betul niatnya.
Tapi sebenarnya kita perlukan masa yang spesifik utk berdua2an, berdating dengan Allah. Kalau saya kadang2 solat 5 waktu pun sukar nak dapat grade A. Interruption anaklah, student ketuk pintu lah dan sebagainya. Khusyu' tu datang dan pergi macam binatang liar yang diikat dan terlepas. cuba tangkap lagi tapi terlepas lagi.

Kadang2 kita sembahnyang ckup, ngaji sempat la gak kadang2 tapi nape masih tak tenang? nape keputusan yang dibuat selalunya tak tepat? mungkin sampai sudah masanya untuk memikirkan kualiti ibadah. selama ni dok baca je qur'an kenapa tidak beralih kepada membaca qur'an dan tafsirnya sekali...terdudk seketika saya..memandangakan tahun ini saya sudah 27 tahun.

Berapa lama lagikah untuk saya bermastautin di bumi ini? Sebelum pulang ke kampung syurga??(insya Allah, harapnya). Kelengkapan untuk balik kampung belum siap, dalam ertikata baju belum pack, berus gigi belum amek??? camane kalau dipanggil secara ad hoc??? hm.....

Kampung kita kampung akhirat, kampung kita nanti syurgalah hendaknya...rasanya sudah tiba masanya untuk mempersiap siagakan diri utk pulang ke kampung..namun selagi belum tiba masa, tanggungjawab di tempat permastautinan ini masih harus dilaksanakan sepenuh hati...

Suami tersayang, moga kita dapat terus dapat bercinta hingga ke syurga bersama 2 putera kita selamanya....

***credit to angah to remind of berkampung disyurga

Wednesday, May 12, 2010

bosan!



saya tak tahu kenapa tapi minggu ni saya rasa macam sangat BOSAN dengan kesibukan saya di ofis...
dan sangat BOSAN dengan keletihan dan kepenatan saya di rumah...

Farhana, jadilah anda seorang yang bersyukur!

Tuesday, May 11, 2010

kau tiada galang gantinya



saya adalah seorang ibu kepada 2 anak bujang. si abang berumur 2 tahun sebulan dan si adik berumur 3 bulan lebih.

pengalaman selama 2 tahun menjadi ibu sangat menginsafkan saya betapa hebatnya pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu...malah menyedarkan saya betapa sayangnya ibu saya kepada saya dan adik2.

sayang ibu pada anak tiada galang ganti. sayang ibu pada si anak tidak mengharap sebarang balasan. sayang ibu kepada anak tidak bersyarat dan sayang ibu kepada si anak sampai ke hujung nyawa si ibu atau si anak.

andai si anak sakit, maka susahnya lah hati si ibu nih. dari kecil tidak bermaya, mahu mengangkat kepala pun belum kuat apatah menepis dari gigitan nyamuk atau semut...tetapi Allah kurniakan seorang ibu sebagai pelindung dan tempat bernanung kasih. masa demi masa berlalu, si anak sudah pandai merangkak, bertatih, menyuap makanan sendiri sehingga pandai menyebut "ummiiii". Ibulah peneman juga kawan setia seiring dengan perkembangan anak sehinggalah dewasa si anak itu.

Wahai teman, berbahagialah anda seorang ibu. Kerana semestinya si anak tak kan mampu membalas jasa ibu. Tetapi Allah sedari kita melahirkan anak lagi telah dimansuhkan dosa2 kecil dan diberi pahala walau hanya kerana kita memandang wajah si anak dengan penuh kasih sayang. Ikhlaslah dan tabahlah dalam mendidik anak2 menjadi kaderan pejuang agama Allah.

Buat ummiku, terima kasih atas segalanya. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Sampai dah kawin pun ummi masih memantau perkembangan kami. Ummi adalah bidadari syurga yang Allah utuskan untuk kami sama2 merasa nikmmatnya cinta seorang ibu.

Sahabat, pulanglah dan rangkullah tubuh si ibu dengan penuh kasih sayang atau paling kecil yang boleh dibuat nyatakan sayang anda kepada ibu anda. sebelum terlambat...samada ibu atau kita yang akan pergi dahulu...