Irdina Sewing Art

Wednesday, November 3, 2010

itu sebenarnya nikmat

Disebabkan anak saya masih kecik2 lagi maka saya dok citer pasal anak je la dalam blog ni. Benda lain macam tak minat nak share. huhu

kekadang tu bila saya tension melayan karenah anak2, rasa macam saya perlukan masa untuk bersendiri. padahal kat tempat keje bukannya bawak anak pun kan.

tapi bile kite pk balik, andai kata umur kita dan suami panjang, bila dah tua kang, anak2 akan masuk universiti, bekerja dan berkeluarga. dan masa tu, kita akan kembali berdua dengan suami/isteri.

dan pastinya kita akan sangat rindukan hilai tawa anak masa kecik, kerenah2 yang kadang memerlukan kesabaran yang tinggi, mulutnya yang tak pernah jemu panggil ummi dan ayah. dan mungkin kita akan rindukan untuk menatap anak kecil kita semasa dia tidur..dan satu benda yang sentiasa buat saya terharu ialah kalau kita marah macammana sekalipun kat anak kecik kita, dia akan tetap datang peluk mak dia tanpa ada rasa dendam/kecik ati...

oleh itu, untuk kawan2 yang mempunyai situasi sama dengan saya sekarang, hargailah setiap waktu bersama si kecil anda. kerana anak adalah pinjaman. dan barang yang dipinjam pada bila2 masa boleh dituntut oleh pemiliknya kembali.

i love my kids very very much! muah