Irdina Sewing Art

Friday, August 20, 2010

ramadhan kali ini

untuk ramadhan kali ini, ada beberapa perkara yang saya nak didik diri saya:

1) sabar, sabar dan sabar dengan kerenah haziq.
sejak die dah makin besar ni makin banyak pulak kerenahnya yang kadang2 melebihi dari kesabaran yang saya ada sampai kadang2 pehe die jadi hukuman atas apa yang dibuat dimana saya akan menyesal bile cubit dia sbb dia sememangnya belum mumayyiz utk bezakan yang baik dan buruk.isy, isy, sabar.

2) seperti tahun sudah saya tak berjaya nak khatam quran. bagi sesetengah orang dapat khatam 2,3 kali quran sepanjang ramadhan ni. tapi bagi saya kalau dapat khatam sekali pun saya dah sangat bersyukur.

3)bersederhana dalam membeli juadah berbuka.
seperti tahun sudah saya tak mampu nak masak utk berbuka. sebabnya anak2 bile kite balik la die nak bermanja, yang kecik nye nak dok bawah ketiak jadi bila masanye nak masak tambahan pula badan saya dah lemau dah time tu...huhu

4)berusaha untuk masak sendiri utk berbuka.
walaupun statement ini kontra dengan statement di atas..haha.namun jauh disudut hati saya masih ada keinginan utk masak utk suami dan anak2...kate nak anak dengar kata kan, jadi kenelah selalu makan masakan air tangan ummi dia. ni dok makan air tangan orang lain yang entah solat ke mane...harap2nya solat lah ye

5) banyakkan sedekah
walau tak banyak. walau orang tak pandang pun. tapi saya mesti mendidik diri supaya menghulurkan kepada yang memerlukan dalam kadar yang tak menyusahkan diri saya sendiri. sedekah tak semestinya duit, kan. keperluan, senyum dan nasihat yang baik pun dikira sedekah.

6) mengaji bersama anak2 selepas maghrib.
harap2ye amalan ni mampu berterusan walau selepas ramadhan. orang kata segala yang baik elok dimulakan semasa ramadhan sebab setan bertanduk takde time ni.

7)berdoa semasa berbuka.
selalu saya terlupa bahawa doa orang yang berpuasa semasa berbuka tersangatlah mujarab. almaklumla makanan dah didepan mata tambahan pula perut memang dah lame lapar. ngap je la..huhu

8)berterima kasih kepada suami
kadang2 saya lupa ucapkan terima kasih kepada en.suami sbb macam dah default dia akan tlg sy sediakan juadah berbuka dan sahur.hehe..sori ye yang..terima kasih ya Allah, kerana mengurniakan suami yang baik kepada saya. moga cinta kami terus mekar hingga ke syurga

Tuesday, August 10, 2010

urgent! hunting for nursery around bukit mahkota/ seri putra

saya sangat memerlukan info berkenaan mana2 nursery yang tak ramai kanak2 dan mempunyai bilangan penjaga mengikut kuota yang sepatutnya dengan kadar segera.
memandangkan anak saya yang kedua ni senang berjangkit dengan selsema dan batuk2, maka saya dan suami mengambil keputusan untuk memberi alternatif yang lain kepada anak kami