Irdina Sewing Art

Wednesday, December 22, 2010

setelah setahun berlalu

suka untuk aku kongsikan bahawa anak teruna ku yang kedua telah berusia setahun.
alhamdulillah.

pejam celik kejap je dah besar. nawfal badan nya agak berisi maka sebab itulah dia masih belum boleh merangkak atau pun berjalan. dia suma mengesot dan duduk.
tapi panjat tangga dah pandaila pulak...huhu
nawfal mempunyai karakter yang sedikit berbeza dengan abangnya, haziq.

orangnya lebih sentimental. pantang tinggi suara sikit dia akan terus menangis. tangisannya tidak pernah kuat. mulanya hanyalah rengekan kecil dan hujungnya akan dipanjang2kan agar tidak dilayan.wataknya lembut dan suka tersengih. suka dipeluk dan dicium nak2 lagi kalau kita usap kepala die..huhu

nawfal antibodinya agak lemah. sebab itu dia sering terkena otitis media. telinga berair macam nanah. dan kerap kali jugaklah kami ke klinik dan hospital. sampai satu tahap, saya tidak lagi ke klinik selagi ubat ada. sebab dah tahu apa yang harus untuk dibuat untuk menjaga anak yang sakitnya sebegini.

giginya dah penuh, 4 atas dan 3 bawah. sebab tu ummi die dah berani nak suap nasi dan sup. x yah dah lenyek2 nasi tu. huhu. makannya boleh tahan. 3 kali sehari dah macam orang besar.

namun sifatnya yang masih tidak berubah ialah dia tak boleh berenggang dengan umi dia. alhamdulillah ayah dah balik awal. jadi adalah orang yang boleh bergilir tengokkan dia. alhamdulillah seusia setahun ini, saya masih fully breastfeed nawfal. satu pencapaian yang membanggakan diri saya sebab abangnya dulu saya hanya mampu untuk fully breastfeed sehingga 6 bulan sahaja. sebab kurang ilmu utk terus breastfeed anak. rugi betul. terasa macam berhutang dengan haziq.

walaupun masa nawfal 7 bulan, pernah saya bagi nawfal susu tepung utk 2 minggu, namun digagahkan diri utk terus mengepam dan akhirnya stok cukup.sehingga ke hari ini, stok saya ialah pam hari ni untuk hari esok...huhu. alhamdulillah Allah kurniakan saya kesihatan yang baik supaya esok ada susu untuk nawfal.

selama setahun bersama nawfal, suka dan duka silih berganti. mencabar pun ada sebab nawfal ni ada abang yang aktif. kadang2 kalau saya marah si abangnya, si adiknya pun terkebil2, terpinga2. sian nengoknye. jadi sekarang saya dah kurang marah tapi saya tukar kepada didikan yang lebih berhemah. tapi kena sabar sikitlah sebab abangnya dah pandai argue. contonhya:

ayah tegur haziq sebab si haziq ni tension dengan laptop.tekan2 tapi image tu taknak scroll down. jadi dia tekannye kuat2.
ummi:"haziq, rosakla laptop ummi tu"
haziq:sambil mencebik"tak naklah tekan dah"
ummi: ok.tak payah tekan.
haziq:dia pergi tekan lagi sambal ulang ayat di atas dan "haziq tak nak kawan ummi"

pulak dah. padahal tadi marah kat laptop. ni dia tukar kat ummi pulak. last2 ayah pegi wat susu barulah dia senyap dapat minum susu.isy isy

kalau haziq dlu, sambil menyusukan dia, saya sempat nyanyikan lagu2 atau bercerita dengan dia. tapi dengan nawfal. kesempatan itu berkurangan, sebab sambil menysusu saya dok melayan abangnya bercakap sambil kadang2 dok larang dia itu dan ini.

so antara azam baru saya ialah untuk lebih berinteraksi dengan nawfal dan mula nak ajar haziq mengaji secara berkala. sebab haziq dan nawfal kene jadi al-hafiz,ok. yey!
moga kami akan terus tabah mendidik anak selagi hayat dikandung badan

Tuesday, December 14, 2010

takde suara

dah seminggu aku takde surau..
mula2 suara aku jadi serak2 basah jadi macam ala2 ella gitu.haha
lame2 die jadi mcm serak2 kering dan weekend lepas mmg tadek sore langsung...haha
sampai aku cakap bisik2 dengn haziq
haziq dok cakap sian ummi sakit tekak
ayahnye tadek kisah pun...huhu
bila tadek suara tadekla aku menjerit2 marahkan anak aku.
dan bayangkanlah ape cikgu nk ajar kalu sore pun tadek
maka aku dok bagi latihan je la kat derang
alamatnya lambatla silibus aku abes...