Irdina Sewing Art

Wednesday, April 7, 2010

alhamdulillah


Ini adalah EBM selepas di proses. Alhamdulillah


Saya berjaya mengumpulkan 4oz setiap satu botol.



Setelah siap dipek kan.
Nawfal sayang, ummi kirimkan susu ini kepada Nawfal sepanjang ketiadaan ummi. Abang Haziq tolong jage adik. Jangan nakal2 ye sayang

EBM stock

Untuk anak kedua ni, saya bertekad untuk memberikan EBM kepada anak saya walau sehebat mane badai melanda. huhu. Biarlah terpakse bangun pagi2 buta untuk memerah susu. Yang penting, anak saya mendapat nutrien yang ckup dari susu ibunya.

Anak pertama saya, haziq berjaya menggunakan EBM stock sehingga 6 bulan. Lepas tu baru campur susu tepung + makan bubur nasik. Sebabnya EBM stock saya tak ckup. Habis dan nak buat tak sempat memandangkan dia dah banyak minum. Ummi minta maaf ye Haziq. Tapi rezeki anak kan lain2. Adalah lebihnya rezeki Haziq kat tempat lain.

Persekitaran di tempat kerja sangat mendorong untuk saya berusaha membuat stock. Sebabnya ramai kawan2 saya juga sedang berusaha untuk memperbanyakkan EBM stock walaupun stock yang ada hanya bertahan untuk sehari.

Jadi kepada semua kawan2 lain yang juga sedang berusaha. marilah sama2 kite berusaha membanyakkan stock dan memberi yang terbaik untuk bayi kita. Chaaiiyookkk!!!!