Irdina Sewing Art

Monday, January 25, 2010

kelahiran

alhamdulillah
dah lama nak berkongsi cerita
tapi baru hari ni berkesempatan untuk menulis.
anak kedua telah selamat dilahirkan pada tanggal 19 jan 2010.
maknenye usia baby dan ibunya berpantang sudah seminggu.
alhamdulillah terasa badan lebih kuat berbanding hari sebelumnya.
alhamdulillah wa lillahi al hamd.
segala puji bagi Allah
proses kelahiran kedua ni benar2 dipermudahkan.
baby keluar 2 mingggu lebih awal dalam keadaan saya pun tak begitu bersedia.
namun prosesnya sungguh mudah. seawal 3 mula terasa sakit.
pukul 9 tiba di hospital.
segala proses pendaftaran, kemasukan ke wad dan pemantauan utk bersalin berjalan sehingga pukul 11.30 pagi.
dan saya ditolak ke wad bersalin.
pkul 12 tgahari ketuban dipecahkan dan laluan ketika itu 5cm.
pkul 12.25 saya telah bersedia utk meneran dengan bukaan 8 cm.
dan alhamdulillah pkul 12.27 anak kami yang kedua selamat dilahirkan secara normal.
tanpa sebarang komplikasi lekat uri seperti sebelumnya.
bersangka baiklah dengan Allah kerana kasih sayangNya meliputi seluruh ruang langit dan bumi.
subhanallah.

*gambad diupload kemudian ye. belum transfer ke pc.hehe

Friday, January 8, 2010

tanda pertama

semalam lepas isya', saya perasan macam ada lendir mcm haid keluar.
mulanya agak panik.
saya beritahu abang.
abang pn nampak panik.
tapi lepas 2,3 jam saya cek lagi
dah tak ade darah.
dan takde pulak sakit.
sampai ke pagi ni. dah tak de darah dan tak sakit pun.

hm. esok ade appointment dengan doc. maybe bole clarify dengn dia.
kawan saya cakap, dlu dia pun mcm ni.
tapi lepas seminggu bersalin.

hehe. adakah sy pun ada seminggu je lagi???
silibus tak abes ngaja lagi ni. takpela.
ummi tak kesah bile baby nak keluar.
asalkan ummi dan baby sehat, kan. ameeen