Irdina Sewing Art

Thursday, December 17, 2009

sabarlah

usia kandungan saya mencecah 8 bulan.
kandungan kali ini terasa lebih berat berbanding dengan yang sebelumnya.
mungkin faktor tenaga harus dibahagi. untuk abangnye, suami dan kerja.
mungkin juga faktor usia. tapi rasa macam muda lagi.
mungkin juga kerana anak kedua orang kata mmg lagi besar dari yang pertama

hakikatnya, saya sangat letih dan tak berdaya rasanya.
memasak tidak lagi. kerana tak tahan berdiri lama. habis pinggang dan kakiku sakit.
lenguhnya macam berjalan satu shopping complex.
nak duduk pun mengah. lantaran bayi dah terlalu rapat dengan rusukku. pinggang pun rasa nak patah je.
balik rumah kadang2 rasa kesian pada haziq dan juga suami.
kerana haziq selalu merengek mahu di layan sedangkan saya hanya mampu terbaring.
kadang2 digagahkan juga diri untuk bermain dengannya walau untuk seketika

terasa sangat bersyukur memiliki suami yang begitu memahami
alhamdulillah walau dalam keadaan macam ni, pakaiannya masih mampu ku jaga
mampu membasuh, melipat dan gosok. walau abang yang jemur kain.
sabar lah
penantian ini hadiahnya kegembiraan
hadiahnya adalah seorang lagi ahli kecil dalam keluarga kita
hadiahnya adalah seorang lagi anak soleh yang akan mendoakan kita nanti
hadiahnya adalah seorang lagi al-hafiz dan pejuang agama Allah
hadiahnya adalah saham kita untuk akhirat nanti Insya Allah