Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang...
Wednesday, October 22, 2008
lame betul nak mengomen
da berhabuk rasenye blog nih since da lame tak menulis. tadek idea dan tak sempat. ape khabar sahabat2 semua. cemane ngn keluarga. harap2nye sihat belaka. musim2 raye nih jemputla dtg umah. tak raye pun bole dtg gak :D
Tuesday, October 7, 2008
hidup seorang remaja
Sudah sebulan aku mengajar di kolej ini. sebulan jugaklah aku dapat melihat gelagat manusia disini. ada yang pahit ada yang manis. ada yang hitam ada yang putih. namun pemerhatian kepada gelagat manusia memberi saya penghayatan erti kehidupan yang sebenar juga mengajar saya untuk menghargai apa yang saya telah miliki selama ini. apa yang telah dimiliki seharusnya disyukuri dan apa yang dihajati jangan terlalu diharapkan.
zaman remaja adalah zaman paling mencabar dalam hidup seorang insan. Juga kehidupan semasa remaja lah yang menjadi permulaan kepada siapa kita di usia 25. sangat sedih apabila melihat remaja yang terlalu banyak disia-siakan masa remajanya kepada yang bukan-bukan. maksud saya semasa remaja seharusnya hidup harus difokuskan kepada pelajaran. segala sampingan yang lain harus terus dijadikan sampingan dan yang utama jangan diletakkan prioritinya lebih bawah dari itu.
sebagai seorang ibu, bagai mahu runtuh hati saya apabila mendengar gelagat2 anak murid saya yang hidup bagai bertuhankan syaitan. sanggup menipu kepada ibubapa ke kolej utk belajar walhal sehari pun tak pernah nampak batang hidungnya ke kelas. hidup bergelumang dengan dosa. arak dan zina bagai sudah sebati. pergaulan bebas usah dicerita. tidur dengan teman lelaki mejadi perkara biasa. usah disebut halal dan haram kerana ianya adalah perkara yang nyata. tanye pada diri sendiri, adakah kita akan gelisah andai perbuatan kite diketahui org??? andai ade rase gelisah terselinap di dalam hati, maka berdosalah apa yang kita lakukan, kata hassan al-banna. bagaimana hati kita jernih utk menerima ilmu. kerana ilmu itu suci dan benda suci tak boleh bercampur dengan hati yang kotor, sentiasa mengulangi perbuatan dosa besar tanpa ada rasa sesalan.
adui, ya allah... aku amat menyayangi adik2 ku disini, anak2 muridku sekelian, ya Allah, engkau bukakanlah pintu hati kami semua. limpahkan lah nur hidayahMu. jadikanlah kami tergolong dalam golongan yang engkau kasihi.
bagai tiada kata utk sy luahkan kegusaran dan rasa ralat di dalam hati. terasa semacam bersalah kerana tak berupaya menarik tangan adik2 ini utk sama2 memperbaiki diri. hati saya sangat lara, sedih dan muram. kekadang terasa rindukan zaman persekolahan. semacam mudah utk melakukan amal ma'ruf nahi munkar kerana memang di sekolah tempatnye untuk mentarbiyah. tapi disini???? engkau, engkau dan aku adalah aku......
sedarlah wahai adik2ku sekelian. zaman remaja hanya seketika. bagai kerdipan mata yang berlaku tanpa sedar. dan natijah pada hari ini akan di rasakan di masa hadapan. kembalilah pada fitrah. sujudlah pada yang Satu.

Subscribe to:
Posts (Atom)